Siakap KeliLive · Auto-update
Gaya Hidup

Nuna Lancar VIAA cabn, Stroller Kabin Ringan Khas Buat Ibu Bapa 'Kaki Travel'

Nuna memperkenalkan VIAA cabn, stroller kabin pertamanya seberat 7.6kg yang praktikal dan mesra penerbangan untuk memudahkan ibu bapa melancong.

Nuna Lancar VIAA cabn, Stroller Kabin Ringan Khas Buat Ibu Bapa 'Kaki Travel'
Gambar: ohmymedia.cc

Bagi ibu bapa yang gemar melancong, membawa anak kecil bersama bukanlah satu tugas yang mudah. Dari proses daftar masuk hinggalah ke pintu pelepasan pesawat, menguruskan kereta sorong bayi atau stroller sering kali menjadi antara rutin yang paling renyah.

Siapa yang biasa terbang jauh bersama anak kecil pasti faham situasi terpaksa menyerahkan stroller sebelum menaiki pesawat dan menunggu lama pula untuk mengambilnya semula selepas mendarat. Memahami cabaran mobiliti ini, jenama kelengkapan bayi premium antarabangsa, Nuna, tampil memperkenalkan stroller kabin pertama mereka iaitu VIAA cabn.

Iklan

Mesra Saiz Kabin Kapal Terbang

Dihasilkan khas untuk memudahkan pergerakan di lapangan terbang, VIAA cabn direka mengikut piawaian saiz kabin Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Apabila dilipat rapi dan bar pemegang hadapannya ditanggalkan, ia boleh disimpan terus ke dalam ruang simpanan atas pesawat, tertakluk kepada polisi setiap syarikat penerbangan.

Stroller ini hanya mempunyai berat sekitar 7.6 kilogram. Menariknya, sistem lipatannya boleh dibuat dalam beberapa saat sahaja. Ia turut disertakan tali pembawa boleh ditarik, sekali gus memudahkan ibu atau bapa menyandangnya di bahu dengan santai apabila tidak digunakan.

Sistem Perjalanan Satu Klik dan Ciri Perlindungan

Bagi ibu bapa yang mahukan sistem perjalanan serba lengkap dan pantas, VIAA cabn menawarkan keserasian terus dengan siri kerusi keselamatan bayi Nuna PIPA. Anda tidak memerlukan sebarang alat penyesuai (adaptor) tambahan kerana ia boleh dipadankan secara terus hanya dengan satu klik mudah.

Iklan

Faktor keselesaan dan keselamatan si kecil turut menjadi keutamaan. Model ini didatangkan dengan kanopi boleh laras yang dilengkapi perlindungan matahari UPF 50+, kemasan kalis air serta pelindung matahari ekstra agar anak sentiasa terlindung daripada panas terik mahupun rintik hujan ketika berada di luar.

Kapasiti Sehingga 22kg dan Lima Pilihan Warna

Walaupun berprofil kompak, stroller ini tidak berkompromi dari segi ruang penyimpanan. Terdapat bakul simpanan di bahagian bawah yang mampu menampung beban sehingga 10 kilogram, di samping beg khas untuk memudahkan penyimpanan sepanjang percutian.

VIAA cabn sesuai digunakan bermula dari peringkat bayi baru lahir sehinggalah anak mencecah berat 22 kilogram. Bagi memenuhi cita rasa ibu bapa yang mementingkan gaya, Nuna menyediakan lima pilihan warna ikonik iaitu Calla, Caviar, Chateau, Seasalt dan Thunder. Kehadiran stroller ini tentunya memberi lebih ketenangan buat keluarga yang ingin meneroka destinasi baharu tanpa rasa terbeban.

Sumber: ohmymedia.cc

Iklan

Baca juga

Iklan