Ada Pelan Ke Penang? Lotus's Ceria Market Sedia Pelbagai Bengkel & Makanan Best
Lotus's Ceria Market di Tanjung Pinang tawarkan port santai hujung minggu dengan pelbagai pilihan makanan, vendor tanaman, bengkel percuma serta persembahan buskers.

Hujung minggu selalunya jadi waktu terbaik untuk kita rehatkan fikiran selepas penat bekerja. Ada yang selesa santai di rumah, tapi ramai juga yang ambil kesempatan keluar berjalan bersama keluarga atau kawan-kawan. Kalau sebut fasal jalan-jalan makan angin, Pulau Pinang memang antara destinasi kegemaran ramai.
Bagi sesiapa yang merancang untuk ke sana, ada satu port riadah yang menarik untuk anda singgah iaitu Lotus’s Ceria Market. Acara ini diadakan khusus untuk memberi ruang kepada pengunjung menikmati suasana santai sambil mencuci mata.

Bukan Sekadar Pasar Biasa di Tanjung Pinang
Acara yang berlangsung di Lotus’s Tanjung Pinang ini menghimpunkan pelbagai tarikan di satu lokasi. Dari gerai makanan enak, aneka minuman, kopi aroma segar, sehinggalah pakaian dan aksesori, semuanya ada.
Peminat pokok hiasan pun tidak ketinggalan kerana terdapat vendor yang menjual bermacam variasi tanaman. Sesuai sangat untuk mak-mak atau sesiapa yang ada hobi menghias laman rumah.
Sertai 5 Bengkel Kreatif Secara Percuma
Bukan sekadar datang makan dan membeli-belah, karnival ini turut menyediakan lima jenis bengkel praktikal yang sangat menyeronokkan untuk anda isi masa bersama yang tersayang:

- Hand Drip Coffee and Latte Art: Belajar teknik asas bancuhan kopi secara manual dan hiasan buih susu.
- Mini Terrarium and Plant Potting: Cipta ekosistem tumbuhan mini anda sendiri di dalam balang.
- Tote Bag Screen Printing: Cetak sendiri beg kanvas mengikut kreativiti.
- Kid’s Cookie Decorating: Sesuai untuk anak-anak kecil mencuba bakat menghias biskut.
- Soy Candle and Aroma Therapy: Hasilkan lilin wangi terapi untuk ketenangan di rumah.
Penyertaan bengkel ini adalah percuma dengan syarat anda membuat pembelian barangan di Lotus’s dalam satu resit. Setiap sesi terhad kepada 15 hingga 20 orang peserta sahaja dengan durasi antara 60 hingga 90 minit. Konsepnya siapa cepat, dia yang dapat tempat.
Malam Santai Ditemani Muzik dan Hadiah Tuah
Bila hari mula beransur malam, suasana karnival diteruskan dengan persembahan santai Live Music bermula jam 7 petang hingga 10 malam. Anda boleh duduk beramai-ramai menikmati juadah sambil dihiburkan oleh buskers, penyanyi solo dan duo menerusi tiga set persembahan berbeza.

Bukan itu sahaja, pengunjung yang berbelanja turut berpeluang menguji tuah masing-masing dalam acara cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah menarik.
Acara ini dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 8 November dengan waktu operasi bermula jam 4 petang hingga 10 malam pada hari Jumaat, serta seawal 11 pagi hingga 10 malam untuk hari Sabtu dan Ahad. Kalau anda ada di sekitar kawasan tersebut, bolehlah singgah luangkan masa petang anda di sana.
Sumber: OH! Media
Baca juga

Gaji RM2,000 Sebulan Dah Boleh Mohon? Ini Fakta Kad Kredit Maybank Islamic Nadi
Bukan untuk orang bergaji besar sahaja, Maybank Islamic tampil dengan kad kredit harian dengan syarat kelayakan minimum RM24,000 setahun.

Resume Gempak Belum Tentu Dapat Kerja, Yaya Zahir Titip Pesanan Makan Dalam
Yaya Zahir mengingatkan pencari kerja bahawa resume hebat dan skil tinggi belum mencukupi jika adab asas serta cara berkomunikasi tidak dijaga.

Shopee 11.11 Kembali: Baucar RM11 Juta Dan Barang Sampai Depan Rumah Seawal 1 Jam!
Shopee kembali menghangatkan festival 11.11 dengan baucar bernilai RM11 juta, servis hantar barang sepantas 1 jam, serta pelbagai tawaran diskaun menarik.