Mudahkan Ibu Bapa, Portal SekolahKu Kumpul Info Lebih 10,000 Sekolah Seluruh Malaysia
Portal SekolahKu kini menghimpunkan maklumat lebih 10,000 sekolah seluruh Malaysia dalam satu platform berpusat bagi memudahkan urusan ibu bapa dan penjaga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah, mesti pernah rasa penat bila nak cari maklumat rasmi sesebuah sekolah. Ada sekolah yang guna laman web sendiri, ada yang buat blogspot lama, dan ada pula yang cuma kongsi maklumat di media sosial. Bila sistem berterabur begini, ibu bapa juga yang pening kepala mencari info terkini.
Masalah itu nampaknya bakal selesai apabila kerajaan melancarkan satu platform berpusat yang dinamakan sebagai portal SekolahKu. Menerusi inisiatif ini, maklumat daripada lebih 10,000 buah sekolah di seluruh pelosok negara kini disatukan di bawah satu bumbung digital.
Hentikan Pembaziran Sistem Berasingan
Portal berkenaan dibangunkan hasil kerjasama erat antara agensi GovTech Malaysia di bawah Kementerian Digital bersama Kementerian Pendidikan (KPM). Matlamat utamanya cukup jelas, iaitu menyediakan satu saluran penyampaian maklumat yang seragam dan mudah dicapai oleh sesiapa sahaja.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa sebelum ini wujud kecenderungan di mana setiap sekolah cuba membangunkan platform atau sistem digital mereka sendiri. Situasi tersebut akhirnya mewujudkan terlalu banyak sistem yang berbeza di seluruh negara dan merumitkan orang ramai.
Menerusi SekolahKu, perkhidmatan yang konsisten dapat ditawarkan kepada semua pihak. Segala info penting mengenai institusi pendidikan kini boleh dirujuk di tempat yang sama tanpa perlu mencari di pelbagai pautan berasingan lagi.
Sekolah Luar Bandar Tidak Dipinggirkan
Kerjasama bersejarah ini disempurnakan menerusi Majlis Penyerahan Portal SekolahKu di Sekolah Kebangsaan Damansara Utama, yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek serta barisan pengurusan tertinggi kedua-dua kementerian.
Satu perkara yang melegakan ramai pihak adalah jaminan bahawa inisiatif ini bukan hanya tertumpu kepada sekolah di kawasan bandar sahaja. Gobind menegaskan bahawa kemudahan portal tersebut turut merangkumi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.
KPM sendiri sudah memiliki data lengkap berkaitan setiap institusi dan akan terus bekerjasama dengan pihak pentadbir sekolah bagi memastikan semua butiran yang dimasukkan sentiasa kemas kini dan tepat.
Langkah Tepat Permudahkan Urusan Rakyat
Penyelarasan sebegini sememangnya wajar dipuji kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos pembangunan teknologi di peringkat sekolah, malah memudahkan urusan ibu bapa yang ingin menyemak latar belakang serta info persekolahan anak masing-masing.
Kerjasama rentas kementerian seperti ini membuktikan bahawa usaha pendigitalan perkhidmatan awam mampu membawa manfaat terus kepada kehidupan seharian rakyat.
Sumber: Harian Metro
Baca juga

Sekolah Perlu Dibaiki? PIBG Kini Boleh Mohon Dana Terus Dari KPM
KPM perkenal Saluran Khas PIBG bermula 1 hingga 30 November bagi membolehkan persatuan ibu bapa mohon dana baik pulih sekolah secara terus.

"Bukan Saya" - Fahmi Zainol Nafi Terlibat Kes Pukul Isteri Terbaharu di Pulau Pinang
Fahmi Zainol menegaskan beliau tiada kaitan dengan laporan terbaharu membabitkan dakwaan seorang wakil rakyat memukul isteri di Pulau Pinang.

Bila Kempen Cari Orang Muda, Giliran Jadi Calon Dipertikai Pula – Adam Adli
Adam Adli menegaskan anak muda sepatutnya diberi peluang bertanding, bukan sekadar dipanggil untuk pasang bendera dan edar risalah kempen.