Shopee 11.11 Kembali: Baucar RM11 Juta Dan Barang Sampai Depan Rumah Seawal 1 Jam!
Shopee kembali menghangatkan festival 11.11 dengan baucar bernilai RM11 juta, servis hantar barang sepantas 1 jam, serta pelbagai tawaran diskaun menarik.

Bulan November memang sentiasa dinanti-nantikan oleh kaki shopping dalam talian. Macam biasa, festival beli-belah tahunan Shopee 11.11 kembali lagi dengan lambakan promosi yang buat ramai rambang mata nak perabih duit gaji.
Kali ini, platform e-dagang popular itu menyediakan baucar bernilai sehingga RM11 juta untuk direbut pengguna. Tak cukup dengan itu, ada pelbagai ganjaran menarik termasuk barangan berjenama serendah RM11 menanti mereka yang pantas menebusnya.
Beli Hari Ini, Barang Terus Sampai Depan Pintu
Pernah tak korang alami situasi cemas bila perlukan sesuatu barang dengan kadar segera tapi malas nak redah kesesakan jalan raya? Jangan risau, inisiatif Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini sedia menyelesaikan masalah itu.
Korang cuma perlu cari produk bertanda khas dan boleh pilih jenis servis penghantaran mengikut keperluan masing-masing:
- Mart Segera: Pesanan sampai dalam masa 1 jam sahaja untuk kawasan Lembah Klang.
- Penghantaran Serta-Merta: Barang selamat tiba dalam tempoh 4 jam.
- Penghantaran Pada Hari Sama: Beli sebelum pukul 12 tengah hari, barang sampai sebelum malam menjelma.
Paling best, ada baucar diskaun 20% setiap hari untuk barangan terpilih di bawah kategori ini. Tak hairanlah kalau data menunjukkan 7 daripada 10 rakyat Malaysia memilih servis Shopee kerana faktor kepantasan kurier mereka.
Shopping Gaya VIP Dan Tebus Baucar Ribuan Ringgit
Bagi yang gemar memburu penjimatan berganda, langganan Shopee VIP membuka pintu kepada potongan harga 30% pada setiap hari. Ahli VIP juga berpeluang merebut Tawaran Knockout serta Baucar Padu mencecah RM1,200 lebih awal berbanding pengguna lain.
Selain itu, jangan lepaskan peluang menonton Shopee Live Marathon dari 1 hingga 11 November. Selain menyaksikan pempengaruh dan penstrim langsung berkongsi tawaran Lagi Murah, penonton turut berpeluang membawa pulang baucar penstriman langsung bernilai sehingga RM1,111.
Rancangan TV Penuh Gelak Tawa Dan Hadiah Emas
Kemeriahan festival ini turut diserikan dengan siaran rancangan Shopee 11.11 Super Showdown: Misi Possible pada Selasa, 10 November, jam 9 malam menerusi TV3 dan Shopee Live.
Dihoskan bersama barisan nama popular seperti Dato' Sri Aliff Syukri, Aina Abdul, Dato' AC Mizal, Elly Mazlein dan Didie Alias, penonton bukan sekadar berhibur tetapi berpeluang memenangi kepingan emas Habib Gold Wafer serta berkongsi 11 juta Syiling Shopee.
Waktu Kena 'Standby' Depan Telefon
Supaya troli korang tak kempunan, catat waktu penting tawaran kilat ini. Tawaran Padu RM11 dan RM111 serta Baucar Runtuh akan dilepaskan secara berperingkat bermula jam 8 malam pada 10 November, disusuli selang masa utama sepanjang 11 November bermula jam 12 tengah malam.
Jadi, siapkan senarai barangan yang korang perlukan dari sekarang. Set penggera siap-siap supaya tak terlepas peluang borong barangan idaman pada harga paling jimat tahun ini.
Sumber: OH! Media
Baca juga

Ibarat Lima Jari, Ibu Syed Saddiq Titip Pesanan Emas Cara Didik Anak
Ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani berkongsi tip keibubapaan tentang melayan ragam anak yang berbeza serta kepentingan menjaga tutur kata.

Sanggup Berhutang Demi ‘Dating’? Tinjauan Dedah Realiti Kos Janji Temu Anak Muda
Hampir separuh anak muda anggap kos janji temu mahal. Malah, ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu keluar bersama pasangan.

Balkoni Sempit Pun Boleh Tanam Sayur Sendiri, UrbanKit Jimat 90 Peratus Air
UrbanKit hasil inovasi MARDI dan TMEH jadi solusi mudah untuk warga kota bercucuk tanam di ruang sekecil balkoni tanpa perlu siram setiap hari.