Siakap KeliLive · Auto-update
Gaya Hidup

Gaji RM2,000 Sebulan Dah Boleh Mohon? Ini Fakta Kad Kredit Maybank Islamic Nadi

Bukan untuk orang bergaji besar sahaja, Maybank Islamic tampil dengan kad kredit harian dengan syarat kelayakan minimum RM24,000 setahun.

Gaji RM2,000 Sebulan Dah Boleh Mohon? Ini Fakta Kad Kredit Maybank Islamic Nadi
Gambar: rotikaya

Asal sebut pasal kad kredit je, mesti ada yang terus terbayang gaya hidup mewah, shopping sakan atau makan di restoran mahal setiap hujung minggu. Disebabkan persepsi macam nilah, ramai golongan muda atau yang baru mula bekerja rasa kad kredit ini cuma sesuai untuk mereka yang bergaji besar.

Hakikatnya, kad kredit sebenarnya hanyalah alat bantu untuk menguruskan aliran tunai harian jika digunakan dengan bijak. Bagi mereka yang sedang mencari kad pertama untuk kegunaan asas, Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard tampil dengan pendekatan yang jauh lebih mesra pengguna biasa.

Iklan

Syarat Pendapatan Yang Realistik

Perkara paling mencuri perhatian mengenai kad ini adalah syarat kelayakannya. Pengguna hanya perlu mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun, iaitu sekitar RM2,000 sebulan untuk memohon.

Kriteria ini membuka ruang luas kepada golongan eksekutif muda, penjawat awam, serta pekerja sektor swasta dan SME untuk mula membina disiplin kewangan. Niat utamanya bukan untuk berbelanja melebihi kemampuan, tetapi untuk mempermudahkan urusan rutin seperti membayar bil utiliti dan membeli barangan dapur bulanan.

Gaji RM2,000 Sebulan Dah Boleh Mohon? Ini Fakta Kad Kredit Maybank Islamic Nadi

Tiga Ciri Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Bagi yang masih ragu-ragu nak memiliki kad kredit sendiri, kad ini menawarkan struktur yang agak mudah difahami:

Iklan
  • Tiada Yuran Tahunan: Ciri No Annual Fee ini mengurangkan beban kos pemilikan kad, jadi anda tidak perlu risau tentang bayaran tambahan setiap tahun.
  • Caj Tidak Berganda (Non-Compounding Charges): Konsep keuntungan tidak dikenakan ke atas keuntungan terkumpul terdahulu. Ini menjadikan kaedah pengiraan caj lebih jelas dan telus.
  • Kadar Keuntungan 14% Setahun: Menawarkan kadar keuntungan tetap sebanyak 14% setahun (14% p.a.) untuk baki tertunggak, memudahkan pengguna menilai komitmen sebelum berbelanja.

Fokus Keperluan Asas, Bukan Bergaya Sakan

Pendekatan kad ini jelas berbeza kerana ia lebih menumpukan kepada keperluan sebenar berbanding kemewahan. Anda boleh jadikan kad ini sebagai medium pembayaran tanpa tunai untuk urusan harian yang memang sudah ada dalam bajet bulanan.

Kunci paling penting apabila memiliki kad kredit adalah disiplin. Sebaik-baiknya, bayar baki penyata sepenuhnya sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang caj tambahan. Jangan anggap had kredit sebagai duit percuma, sebaliknya anggap ia sebagai pengganti tunai yang perlu dibayar semula tepat pada masanya.

Kenali Kemampuan Diri

Sebelum membuat keputusan untuk memohon, pastikan anda faham caj berkaitan pembayaran lewat serta terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank. Kad yang terbaik bukanlah kad yang memberi had kredit paling tinggi, tetapi kad yang anda faham cara penggunaannya dan mampu anda urus dengan bertanggungjawab.

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan