Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Satukan Jenama Popular Di Bawah Satu Bumbung

Nu Ideaktiv kini beralih kepada jenama seeNI, menyatukan jenama media ikonik seperti Remaja, NONA dan Mingguan Wanita dalam satu ekosistem kandungan baharu.

Nu Ideaktiv Kini Dikenali Sebagai seeNI, Satukan Jenama Popular Di Bawah Satu Bumbung
Gambar: gempak

Bagi sesiapa yang membesar dengan majalah atau sering melayari portal seperti Remaja, Mingguan Wanita, Pa&Ma sehinggalah ke Media Hiburan, ada satu perubahan besar yang baru saja berlaku dalam industri media tempatan. Syarikat di sebalik jenama-jenama gah ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, kini secara rasmi menyatukan seluruh portfolio mereka di bawah satu payung baharu yang dikenali sebagai seeNI.

Langkah strategik ini diambil bagi membuka lebih banyak peluang pertumbuhan baharu, terutamanya dari segi kandungan berjenama, penajaan, pembabitan bakat kreatif dan kerjasama komersial. Transformasi ini menyaksikan identiti Nu Ideaktiv digantikan sepenuhnya kepada seeNI, menjadikannya satu pintu masuk tunggal untuk para pengiklan serta agensi.

Iklan

Bukan Sekadar Tukar Nama

Peralihan jenama ini bukan sekadar gimik kosmetik atau pertukaran nama semata-mata. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, langkah ini mencerminkan aspirasi syarikat untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti ke dalam satu ekosistem yang jauh lebih bersepadu.

Syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf ini mahu melangkaui penempatan iklan konvensional yang dibuat secara berasingan. Fokus kini tertumpu kepada tawaran yang lebih menyeluruh buat rakan niaga agar mereka dapat mendekati khalayak sasaran secara bermakna melalui tiga tunjang utama:

  • Komuniti: Menghubungkan orang ramai menerusi minat, gaya hidup serta pengalaman hidup yang serupa.
  • Kandungan: Menggabungkan kekuatan penceritaan, kepakaran produksi dan bakat tempatan.
  • Komersial: Menterjemahkan hubungan tersebut menjadi peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama yang mampan.

Jenama Ikonik Yang Terlibat

Penyatuan ini merangkumi pelbagai jenama media yang sudah lama bertapak di hati pembaca Malaysia mengikut peringkat kehidupan masing-masing. Antara jenama yang bernaung di bawah ekosistem ini termasuklah:

Iklan
  • seeNI Creator Academy dan Borak seeNI
  • Media Hiburan dan Remaja
  • NONA dan Mingguan Wanita
  • Rasa, Keluarga dan Pa&Ma
  • Roda Panas

Melalui himpunan jenama ini, nilai komersial dapat diperluas merentas pelbagai segmen audiens, daripada remaja hinggalah ke peringkat kekeluargaan dan gaya hidup moden.

Rangka Kerjasama Lebih Luas Menerusi seeNI Collective

Bagi mengukuhkan lagi langkah baharu ini, inisiatif seeNI Collective diwujudkan bagi menggabungkan bakat kreatif dengan rakan strategik industri. Antara projek yang sedang digerakkan termasuklah kerjasama bersama TVS dan Novel Karangkraf untuk adaptasi kandungan, serta kolaborasi bersama Komet Productions menerusi seeNI Story Lab untuk mengasah bakat baharu industri kreatif.

Bukan itu sahaja, seeNI turut melebarkan sayap ke arena fesyen dan gaya hidup melalui kerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA). Pada masa yang sama, cabang seeNI Talent diperkenalkan untuk memadankan bakat yang tepat dengan kempen jenama berdasarkan data dan kesesuaian khalayak.

Iklan

Hala tuju baharu ini diumumkan menerusi acara The New World of seeNI yang berlangsung di D’Theatre Malaysia, Empire City. Berpandukan tema More Begins Here, langkah ini menandakan permulaan fasa baharu bagi dunia media digital dan kandungan tempatan untuk terus relevan mendepani cabaran industri masa kini.

Sumber: gempak

Iklan

Baca juga

Iklan