Ingat Grab Beli Makanan Saja? GrabMall Tawar Diskaun Cecah 61% Sempena 11.11
Ingat Grab sekadar untuk pesan makanan dan teksi? GrabMall kini tawar promosi 11.11 dengan diskaun hingga 61% dan baucar RM111 untuk pelbagai barangan.

Bila telefon berbunyi sebut nama Grab, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Kalau bukan pesan makanan waktu tengah hari, mesti nak tempah kenderaan ke tempat kerja atau beli stok dapur yang habis. Hakikatnya, ramai yang masih belum tahu bahawa platform ini sebenarnya menawarkan lebih daripada servis harian biasa.
Menerusi ciri yang dikenali sebagai GrabMall, pengguna kini boleh membeli pelbagai rangkaian barangan lain secara terus di dalam satu aplikasi yang sama. Daripada produk penjagaan diri, kelengkapan elektronik, keperluan bayi, hinggalah barangan si bulus kesayangan, semuanya boleh diakses dengan mudah tanpa perlu berpindah ke platform lain.

Tawaran Menarik Sempena GrabMall 11.11 Sale
Berita baik buat anda yang gemar menanti pesta jualan hujung tahun. GrabMall membawakan kempen 11.11 Sale bermula dari 9 hingga 13 November dengan tawaran penjimatan yang berbaloi. Antara tawaran utama yang disediakan:
- Diskaun sehingga 61% untuk pelbagai barangan terpilih.
- Baucar bernilai sehingga RM111 untuk kedai yang mengambil bahagian bagi penjimatan tambahan.
Perlu diingatkan, penggunaan baucar ini tertakluk kepada terma, syarat, dan perbelanjaan minimum di kedai terpilih, serta perlu ditebus sendiri oleh pengguna semasa membuat pesanan.

Barangan Yang Boleh Masuk Senarai Beli-Belah
Kalau anda sedang merancang apa yang patut dibeli, terdapat pelbagai kategori menarik yang boleh dipertimbangkan supaya pembelian tidak dilakukan secara terburu-buru:
- Produk Kecantikan & Kulit: Boleh cari produk penjagaan wajah popular seperti Retinol Green Tea PDRN Skinbooster Ampoule atau Vitamin C Tone Up Sunscreen daripada jenama Innisfree untuk perlindungan harian.
- Gajet & Aksesori Kerja: Bagi peminat sukan larian, jam kecergasan seperti Garmin Vivoactive 5 sesuai untuk memantau larian. Bagi memudahkan kerja pejabat pula, papan kekunci Logitech MX Key S boleh membantu menaip dengan lebih selesa.
- Kesihatan & Gaya Hidup: Penggemar gaya hidup aktif boleh mendapatkan suplemen seperti Whey Protein Chocolate atau Pure Protein ISO+ Chocolate Indulgence dari Decathlon.
- Keperluan Harian & Mengembara: Beg sandang serbaguna Decathlon Travel 500 40L Organizer Backpack atau pelurus rambut Fanda Hair Straightener turut boleh dipertimbangkan untuk rutin seharian.
Kelebihan Beli Tanpa Perlu Tunggu Lama
Salah satu cabaran utama bila membeli-belah dalam talian pada musim jualan besar adalah tempoh penghantaran yang lambat. Kadang-kadang ambil masa berhari-hari sebelum bungkusan sampai ke pintu rumah.

Kelebihan utama GrabMall terletak pada konsepnya: beli sekarang, dapat sekarang. Pesanan dihantar terus oleh rakan penghantar Grab tanpa perlu menunggu kurier berminggu-minggu, di samping jaminan barangan yang tulen.
Langkah Mudah Buat Pesanan
Bagi anda yang ingin mencuba, langkahnya cukup ringkas. Buka aplikasi Grab, pilih bahagian Mall, cari vendor yang diingini, dan masukkan barangan idaman ke dalam troli pembelian. Selepas memasukkan baucar yang berkaitan dan menyemak alamat penghantaran, buat pembayaran dan tunggu barang sampai terus ke pintu rumah anda.
Sumber: OH! Media
Baca juga

Genap 10 Tahun Di Malaysia, FamilyMart Buat Kejutan Kopi RM0.99 Dan Kolaborasi Fesyen
Sempena ulang tahun ke-10, FamilyMart Malaysia tampil dengan pembaharuan besar termasuk kopi kraf RM0.99, menu oden baharu dan koleksi fesyen NIGO.

Genap 10 Tahun Di Malaysia, FamilyMart Buat Kejutan Baharu Buat Peminat Oden & Sofuto
Pejam celik sudah 10 tahun FamilyMart temani rakyat Malaysia. Sempena ulang tahun ini, pelbagai menu baharu dibawakan!

FamilyMart Rai Sedekad Di Malaysia, Tawar Kopi 99 Sen Dan Kolaborasi Khas NIGO
Genap 10 tahun bertapak di Malaysia, FamilyMart bawa konsep baharu 'Life is Good' bersama menu sofuto unik, kopi kraf serendah 99 sen dan pelbagai promosi menarik.