Siakap KeliLive · Auto-update
Gaya Hidup

Genap 10 Tahun Di Malaysia, FamilyMart Buat Kejutan Baharu Buat Peminat Oden & Sofuto

Pejam celik sudah 10 tahun FamilyMart temani rakyat Malaysia. Sempena ulang tahun ini, pelbagai menu baharu dibawakan!

Genap 10 Tahun Di Malaysia, FamilyMart Buat Kejutan Baharu Buat Peminat Oden & Sofuto
Gambar: OH! Media

Pejam celik, rupa-rupanya sudah sedekad jenama kedai serbaneka popular dari Jepun, FamilyMart, bertapak di Malaysia sejak tahun 2016. Kalau diimbas kembali memori lalu, pasti ramai yang masih ingat fenomena beratur panjang semata-mata mahu membeli aiskrim sofuto atau menikmati semangkuk oden panas pada waktu malam.

Bagi meraikan 10 tahun kebersamaan dengan pelanggan di negara ini, FamilyMart kini hadir dengan nafas baharu dan konsep yang lebih segar untuk terus menjadi pilihan utama orang ramai bila mencari hidangan segera yang berkualiti.

Iklan

Dua Pilihan Kopi Dengan Karakter Berbeza

Buat penggemar kopi yang selalu menjadikan kedai ini sebagai tempat persinggahan sebelum memulakan kerja, kini ada dua pilihan adunan kopi terbaharu yang boleh dicuba mengikut citarasa masing-masing.

fi lalamove 73

Bagi mereka yang menggemari rasa kopi yang lebih pekat, berani dan kuat, adunan Charcoal-roasted Sumiyaki pastinya memberikan kepuasan maksimum. Sebaliknya, jika anda lebih gemar rasa yang halus, seimbang dan tekstur yang licin, pilihan kopi Kinu adalah padanan yang paling ideal.

Sofuto Gula Merah Dan Kejutan 'Popping Candy'

Bercakap tentang FamilyMart, tidak lengkap rasanya kalau tidak menyebut tentang sofuto mereka yang sentiasa dinanti-nantikan perisa terbaharunya. Berita baik untuk peminat manisan kerana ada dua tawaran menarik kali ini.

Iklan
familymart

Antara yang menjadi tumpuan utama ialah pengenalan Brown Sugar Sofuto yang tampil buat julung kalinya. Selain itu, perisa kegemaran ramai iaitu Vanilla Blue Sea Salt Sofuto kini kembali dengan sentuhan lebih mengujakan apabila ditambah dengan taburan gula-gula meletup atau popping candy yang memberi sensasi unik di dalam mulut.

Pilihan Kuah Oden FaMee Makin Pelbagai

Bagi penggemar hidangan berkuah panas pula, stesen layan diri Oden FaMee kini menawarkan lebih banyak variasi rasa yang boleh dinikmati sepanjang minggu bekerja. Selain kuah Tom Yam yang menjadi kegemaran ramai sejak dulu, terdapat empat lagi pilihan baharu:

  • Creamy Mala: Pilihan tepat buat penggemar rasa pedas berlemak yang memikat lidah.
  • Classic Fishball: Rasa sup jernih yang menenangkan dan klasik.
  • Sukiyaki: Pilihan kuah manis masin ala Jepun yang menyelerakan.
  • Laksa Kahwin: Gabungan rasa tempatan yang kaya dengan aroma rempah ratus.

Koleksi Khas Dan Roadshow Ulang Tahun Ke-10

Bukan sekadar bab makan minum, FamilyMart turut membawakan kelainan menerusi pelbagai aktiviti menarik dan barangan eksklusif sempena ulang tahun mereka. Antara yang paling mencuri perhatian ialah pratonton eksklusif FAMIMA by NIGO yang pertama kali dibawa masuk ke Malaysia.

Iklan
familymart

Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli juga berpeluang mendapatkan barangan comel Famibara serta melihat gambaran awal konsep kedai masa depan menerusi Fami Mini Store.

Bagi sesiapa yang tidak mahu melepaskan peluang merasai menu baharu serta menikmati promosi istimewa ini, anda boleh berkunjung ke acara jelajah khas yang sedang berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid sehingga 9 November.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan