Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Ancaman Siber Makin Bahaya, ATM Rancang Cepatkan Pasukan Khas Sebelum 2030

Pelan asal sasaran 2030 kini perlu dirombak semula. Kementerian Pertahanan ambil langkah segera wujudkan Pasukan Siber ATM demi lindungi benteng keselamatan negara.

Ancaman Siber Makin Bahaya, ATM Rancang Cepatkan Pasukan Khas Sebelum 2030
Gambar: ohmymedia.cc

Zaman sekarang kalau kita bercakap mengenai kedaulatan negara, bayangan orang ramai selalunya tertumpu kepada deruan jet pejuang di udara, kapal perang di lautan atau anggota tentera berkawal di sempadan. Namun hakikatnya, medan pertempuran alaf baharu kini sudah beralih secara senyap ke alam maya.

Menyedari bahaya yang menanti di sebalik skrin komputer, Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini mengambil ketetapan untuk mempercepatkan penubuhan Pasukan Siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mengikut perancangan asal, unit khas ini disasarkan siap sepenuhnya menjelang tahun 2030, namun perkembangan semasa menuntut langkah yang jauh lebih pantas.

Iklan

Serangan Siber Kini Makin Licik Dan Agresif

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan keperluan mendesak ini sudah pun dimaklumkan kepada pihak kerajaan. Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan kesiapsiagaan benteng pertahanan tanah air sentiasa berada pada tahap terbaik dalam mendepani ancaman keselamatan alaf moden.

Ancaman Siber Makin Bahaya, ATM Rancang Cepatkan Pasukan Khas Sebelum 2030

Sebenarnya, cubaan menceroboh sistem pertahanan bukanlah perkara asing kerana ia sentiasa berlaku saban hari. Cuma apa yang membimbangkan sekarang ialah kemajuan teknologi membuatkan corak serangan menjadi berkali ganda lebih serius dan tersusun. Malah, gelombang ancaman ini bukan sahaja mengintai aset keselamatan kerajaan, tetapi turut menyasarkan sektor swasta.

Satukan Kepakaran Tiga Cabang Tentera

Secara tradisinya, pertahanan kita bertumpu kepada domain darat, laut dan udara. Kini, domain siber diiktiraf sebagai medan pertempuran keempat yang menuntut keupayaan khusus untuk bertindak balas dengan pantas.

Iklan

Ketika ini, keupayaan teknikal siber sebenarnya sudah pun ada dalam setiap cabang perkhidmatan, iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Namun begitu, kesemua kepakaran tersebut beroperasi dalam unit masing-masing secara berasingan.

Tiga negara dalam senarai pendek sistem peluru berpandu untuk LCS - Khaled  Nordin | Awani

Bagi membina perisai digital yang lebih padu, sebuah pasukan teras telah dibentuk untuk menyelaraskan struktur berkenaan. Penyatuan semua kepakaran ini di bawah satu panji Pasukan Siber ATM diyakini mampu menjadikan operasi pertahanan digital negara lebih ampuh, teratur dan berkesan.

Elak Terkejut Bila Diserang

Walaupun tarikh baharu pelaksanaan belum dimuktamadkan secara rasmi, MINDEF kini giat mendapatkan sokongan kerajaan bagi melengkapkan keperluan keanggotaan, peralatan teknologi canggih dan kemudahan operasi yang diperlukan.

Iklan

Pendekatannya jelas, kita tidak mahu berada dalam keadaan kelam-kabut atau terkejut apabila diserang tanpa persiapan benteng yang kukuh. Pasukan khas ini turut disokong oleh keupayaan risikan rahsia, namun perincian operasi dan strateginya sudah tentu tidak didedahkan kepada umum atas faktor keselamatan ketenteraan.

Sumber: ohmymedia.cc

Iklan

Baca juga

Iklan