Siakap KeliLive · Auto-update
Artis

Takut Makan Diri, Zarif Ghazzi Lebih Berwaspada Bila Nama Makin Naik

Sedar jejak digital boleh jejaskan karier, pelakon Zarif Ghazzi ambil langkah berhati-hati jaga kelakuan diri di media sosial mahupun dunia nyata.

Zaman sekarang, silap muat naik satu hantaran di media sosial pun boleh buat karier yang dibina bertahun-tahun musnah sekelip mata. Perkara yang kita tinggalkan di alam maya bertahun dulu pun orang boleh gali semula. Realiti inilah yang sangat difahami oleh pelakon muda, Zarif Ghazzi.

Bagi Zarif, jejak digital atau digital footprint bukanlah isu remeh. Sejak sebelum namanya melonjak naik lagi, dia sudah sedar betapa bahayanya perkara itu jika tidak diuruskan dengan matang kerana ia boleh memakan diri sendiri.

Iklan

Beringat Sebelum Kena

Bercakap ketika ditemui pada sidang media baru-baru ini, Zarif menegaskan dia sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengawal gerak-geri serta apa yang dikongsikannya, sama ada di alam maya mahupun dalam kehidupan seharian.

Zarif berpandangan, semakin seseorang itu dikenali, semakin besar cabaran yang perlu dihadapi. Menurutnya, bila berada di kedudukan yang lebih tinggi, pasti akan ada pihak yang memerhati dan menunggu masa untuk melihat seseorang itu tersilap langkah.

Baginya, mengawal kelakuan dan menjaga nama baik bukan semata-mata untuk kepentingan peribadi, sebaliknya ia sudah menjadi satu tuntutan amanah sebagai anak seni yang menjadi perhatian ramai.

Iklan

Karier Makin Rancak

Sikap matang dan sentiasa beringat ini jelas menjadi bekalan berguna buat Zarif yang kini sedang membina nama kukuh dalam industri perfileman tempatan.

Karier lakonannya juga kini semakin mencuri tumpuan menerusi filem terbaharunya, KUDRAT 1968: High Council, yang sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Naskhah arahan pengarah Zulaikha Zakaria itu turut membariskan barisan pelakon muda berbakat besar antaranya Mierul Aiman, Dai Fuad, Akmal Asyraf, Chech Harith serta Evertts Gomes.

Iklan

Langkah Zarif yang memilih untuk kekal berwaspada dan tidak hanyut dengan populariti wajar dijadikan contoh buat bakat-bakat baharu yang lain. Bila sudah berada di atas, memang beringat itu satu kemestian.

Sumber: gempak

Iklan

Baca juga

Iklan