Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Syed Saddiq Janji Jadi Ayah Terbaik, Luahan Buat Anak Bella Astillah Sentuh Hati Ramai

Syed Saddiq berjanji menjadi bapa bertanggungjawab buat Ayden dan Ara, selain memuji didikan Bella Astillah selepas tiga minggu tinggal bersama.

Syed Saddiq Janji Jadi Ayah Terbaik, Luahan Buat Anak Bella Astillah Sentuh Hati Ramai
Gambar: gempak

Majlis resepsi Kenduri Rakyat pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Sabah baru-baru ini benar-benar mencuri tumpuan ramai. Namun, apa yang paling menyentuh emosi tetamu yang hadir bukanlah sekadar kemeriahan majlis, sebaliknya ucapan tulus daripada Ahli Parlimen Muar itu sendiri.

Menerusi satu rakaman video ucapan di majlis berkenaan, Syed Saddiq secara terbuka menzahirkan rasa terima kasih kepada dua anak Bella iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna kerana berlapang dada menerima kehadirannya sebagai seorang bapa dalam hidup mereka.

Iklan

Titip Janji Jadi Bapa Bertanggungjawab

Bukan mudah memegang peranan baharu sebagai bapa segera, namun Syed Saddiq menitipkan ikrar penuh makna di hadapan para tetamu. Beliau berjanji untuk memikul amanah itu dengan sebaik mungkin demi masa depan anak-anak tersebut.

"Terima kasih kerana bagi saya jadi bapa awak. Saya janji akan jadi ayah yang bertanggungjawab," ucapnya dengan nada ikhlas yang mengundang rasa sebak ramai.

Kenali Rutin Selepas Tiga Minggu Tinggal Bersama

Bercerita mengenai fasa awal alam rumah tangga mereka, Syed Saddiq berkongsi bahawa tempoh tiga minggu tinggal sebumbung telah memberi peluang kepadanya untuk mengenali perwatakan serta rutin harian Ayden dan Ara dengan lebih dekat.

Iklan

Menurutnya, beliau kini sudah mula hafal lenggok anak-anak, termasuk tabiat mereka yang bangun pagi serta tidur awal pada waktu malam.

Sambil berseloroh santai, Saddiq mengakui dirinya mungkin ada kalanya agak tegas atau terlebih berdisiplin dalam soal mendidik, terutamanya membabitkan jadual makan dan waktu tidur mereka. Walaupun begitu, beliau menyifatkan Ayden dan Ara sebagai anak-anak yang sangat luar biasa dan menyenangkan.

Puji Bella Pandai Didik Anak

Dalam ucapan yang sama, Syed Saddiq turut melayangkan pujian melangit kepada isterinya. Baginya, segala budi pekerti dan keperibadian terpuji yang dipamerkan oleh kedua-dua anak kecil itu adalah cerminan didikan hebat daripada Bella sendiri.

Iklan

"Semua perkara baik ditunjukkan Ara dan Ayden adalah sumbangan dan didikan ibunya, Bella Astillah. Saya bangga jadi suami awak," luahnya penuh rasa bangga.

Perjalanan Bahagia Pasangan BASS

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu dalam satu majlis akad nikah di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur dengan mas kahwin bernilai RM500.

Pasangan yang mesra digelar BASS ini kemudiannya diraikan menerusi beberapa siri majlis resepsi, termasuk majlis gilang-gemilang di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Kenduri Rakyat di Muar pada 25 Oktober lalu, sebelum diraikan pula di Sabah.

Sumber: gempak

Iklan

Baca juga

Iklan