Suami Dr Fie Dituduh Macam-Macam, Bekas Pekerja Tampil Bongkar Sikap Sebenar Kapten Amrul
Selepas pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap suami Dr Fie, seorang bekas pekerja tampil di Threads membuka cerita sebenar tentang Kapten Amrul Nizar.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, nama pempengaruh media sosial popular, Dr Afifah Hidayah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, menjadi bualan hangat netizen. Perkahwinan barunya bersama Kapten Amrul Nizar tiba-tiba dihujani pelbagai cerita kurang enak yang bertebaran di alam maya.
Bila nama sudah tular, macam-macam spekulasi mula timbul sehingga ada yang melemparkan tuduhan berat terhadap suaminya. Namun, di sebalik tohmahan yang bertali arus itu, tampil seorang individu yang pernah bekerja rapat dengan Kapten Amrul untuk membersihkan nama bekas majikannya.
Sanggup Beri Duit Poket Bila Syarikat Ada Masalah
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, bekas pekerja di syarikat milik Kapten Amrul iaitu Afjets mendedahkan sisi peribadi lelaki berkenaan yang mungkin tidak diketahui orang luar. Menurutnya, sepanjang bertugas di bawah kendalian Kapten Amrul, soal kebajikan kakitangan tidak pernah dipandang remeh.
Malah, individu tersebut menceritakan bahawa sewaktu syarikat sedang berdepan fasa sukar sebelum ditutup, Kapten Amrul tetap berusaha memastikan pekerjanya tidak terputus bekalan wang belanja.
Walaupun bayaran gaji pada waktu itu mengalami sedikit kelewatan kerana situasi syarikat, Kapten Amrul dikatakan rela menghulurkan duit poket sendiri semata-mata mahu menampung perbelanjaan harian stafnya.

Bukan Kaki Perempuan, Cuma Terlalu Peramah
Selain isu pengurusan syarikat, timbul juga dakwaan liar yang melabel Kapten Amrul sebagai seorang lelaki yang gemar mempermainkan wanita. Menjawab perkara itu, bekas pekerjanya tampil menafikan tuduhan berkenaan sekeras-kerasnya.
Jelasnya, Kapten Amrul sebenarnya mempunyai personaliti yang sangat peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Sikap terlalu baik dan terbuka itulah yang kadangkala disalahertikan, malah membuka ruang kepada pihak tertentu untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kebajikan Anak Sentiasa Terjaga Rapi
Tidak terhenti di situ, tuduhan kononnya Kapten Amrul culas dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak kandung turut disangkal. Bekas pekerja itu mendedahkan dialah individu yang diamanahkan menguruskan hal harian anak Kapten Amrul, Asadel, sewaktu di bawah jagaan lelaki itu.
Urusan persekolahan anaknya di PPKI Ampang dijaga dengan penuh teliti, termasuklah rutin menghantar dan mengambil anak berkenaan setiap hari tanpa gagal. Katanya, tiada langsung tanda-tanda kebajikan anak tersebut terabai, sehinggalah si ibu membuat keputusan untuk mengambil semula hak jagaan.
Pendedahan ini sekurang-kurangnya memberi gambaran berbeza mengenai situasi sebenar yang berlaku, memandangkan terlalu banyak khabar angin yang bertebaran tanpa usul periksa sejak isu ini mula hangat diperkatakan.
Sumber: rotikaya
Baca juga

11 Jam 'Live' Tanpa Henti, Anas Zahrin Raih Jualan RM1.3 Juta & Rangkul 2 Trofi
Usahawan Anas Zahrin melakar rekod membanggakan apabila mencatat jualan RM1.3 juta dalam sesi 'live' 11 jam di TikTok Shop sempena 11.11, selain membolot dua anugerah.

Tular Tikus 'Kenduri' Ayam Mentah Di Pudu, Netizen Gesa KKM Dan JAKIM Bertindak
Rakaman seekor tikus sedang meratah ayam mentah dalam tong air di Pudu mencetuskan rasa geli dan kemarahan orang ramai yang bimbang isu kebersihan makanan.

Gaun Resepsi Dr Fie Bernilai RM58,000 Curi Perhatian, Sarat Taburan Swarovski
Tampil memukau di majlis resepsi, gaun biru Dr Fie rupa-rupanya bernilai RM58,000 dengan perincian mewah lace dan taburan swarovski.