Siakap KeliLive · Auto-update
Viral

11 Jam 'Live' Tanpa Henti, Anas Zahrin Raih Jualan RM1.3 Juta & Rangkul 2 Trofi

Usahawan Anas Zahrin melakar rekod membanggakan apabila mencatat jualan RM1.3 juta dalam sesi 'live' 11 jam di TikTok Shop sempena 11.11, selain membolot dua anugerah.

11 Jam 'Live' Tanpa Henti, Anas Zahrin Raih Jualan RM1.3 Juta & Rangkul 2 Trofi
Gambar: gempak

Bukan senang nak kekal bertenaga bercakap dan menjual di hadapan kamera berjam-jam lamanya. Namun bagi usahawan popular, Anas Zahrin, pengorbanan bersiaran langsung selama 11 jam tanpa henti sempena kempen 11.11 baru-baru ini ternyata membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Menerusi siaran langsung di TikTok Shop tersebut, jenama miliknya iaitu ANAS Cosmetics berjaya merekodkan kutipan jualan luar biasa mencecah RM1.3 juta. Kejayaan itu sekali gus membuktikan produk tempatan masih mempunyai sokongan yang sangat padu daripada peminat kecantikan tanah air.

Iklan

Rangkul Dua Trofi Berprestij

Kejayaan Anas tidak terhenti pada angka jualan semata-mata. Pada acara TikTok Shop Creator Icon All Star 11.11 Showdown, usahawan ini membawa pulang dua trofi berprestij sebagai pengiktirafan terhadap kerja kerasnya.

11 Jam 'Live' Tanpa Henti, Anas Zahrin Raih Jualan RM1.3 Juta & Rangkul 2 Trofi

Dua kategori yang berjaya dimenanginya adalah Creator Icon All Star 11.11 – Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 – RM1 Million Milestones. Pengiktirafan ini membuktikan kedudukan jenamanya yang terus teguh bersaing dalam platform perniagaan dalam talian tersebut.

Tawar Harga 'Tak Masuk Akal'

Bercakap mengenai strategi di sebalik lonjakan jualan berkenaan, Anas berkongsi bahawa tawaran promosi hebat menjadi faktor utama tarikan pembeli. Pelbagai produk kosmetik dan wangian seperti gincu, pelembap bibir serta pembayang mata ditawarkan pada harga serendah RM1.11.

Iklan

Malah, pakej kombo mega berharga RM18.90 untuk lapan jenis barangan turut mendapat sambutan luar biasa. Sesi maraton berkenaan membabitkan lebih 13 juta unit barangan keluarannya, sekali gus melonjakkan jenamanya ke tangga teratas jualan.

11 Jam 'Live' Tanpa Henti, Anas Zahrin Raih Jualan RM1.3 Juta & Rangkul 2 Trofi

Kelancaran sesi siaran langsung selama 11 jam itu turut dijayakan bersama bantuan beberapa hos jemputan seperti Ashhry Atan, Fara Dina, Ann Zaira dan Yulia, di samping sokongan tanpa henti daripada pasukan belakang tabir.

Saingan Hebat Bersama Jenama Selebriti

Pencapaian usahawan ini dilihat begitu manis memandangkan acara kempen 11.11 berkenaan turut disertai ramai nama besar industri hiburan dan perniagaan. Antaranya termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Nur Fazura, Fattah Amin, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida, Wawa Zainal, Diana Danielle, Amira Othman dan Datuk Seri Alha Alfa.

Iklan
11 Jam 'Live' Tanpa Henti, Anas Zahrin Raih Jualan RM1.3 Juta & Rangkul 2 Trofi

Bagi anak jati Kota Tinggi, Johor ini, rekod berkenaan menjadi detik bermakna selepas hampir sedekad membina empayar perniagaannya dari bawah. Sebelum ini, jenama berkenaan pernah mencatatkan rekod jualan keseluruhan hampir 12 juta unit di platform TikTok Shop Malaysia.

Peringatan Untuk Kekal Rendah Diri

Walaupun terus mengukir pelbagai kejayaan besar saban waktu, Anas meluahkan rasa syukur dan berharap pencapaian ini tidak sesekali mengubah dirinya menjadi seorang yang lupa diri.

Beliau sentiasa mengingatkan dirinya supaya kekal berpijak di bumi nyata walau setinggi mana pun kejayaan yang diraih. Selain itu, Anas berharap jenama Bumiputera miliknya serta usahawan tempatan lain dapat terus bersaing secara sihat sehingga mampu berdiri setanding dengan jenama gergasi antarabangsa.

Sumber: gempak

Iklan

Baca juga

Iklan