Diskaun 99% Tanpa Had Belanja, ShopeeFood Tawar Promo Gempak Buat Pengguna Baru
Perut lapar tapi dompet makin menipis? Pengguna kali pertama ShopeeFood kini boleh nikmati potongan 99% dan penghantaran percuma tanpa sebarang perbelanjaan minimum.

Pernah tak anda berada dalam situasi bila perut dah mula berbunyi minta diisi, badan pula penat sangat nak ke dapur untuk memasak? Tapi bila buka aplikasi pesanan makanan, niat terus terbantut sebab tengok jumlah bil yang melambung tinggi dengan caj penghantaran lagi.
Kadang-kadang rasa serba salah dibuatnya. Niat asal nak jimat, alih-alih dompet jadi semakin nipis sebelum sampai hujung bulan. Berita baiknya, masalah ini ada jalan penyelesaian yang cukup berbaloi untuk dicuba sekarang.

Diskaun 99% Dan Penghantaran Percuma Tanpa Had
Bagi sesiapa yang belum pernah membuat pesanan menggunakan ShopeeFood, tawaran terbaharu ini memang rugi besar kalau dilepaskan. Khusus untuk pengguna kali pertama, platform ini menawarkan potongan harga sehingga 99% berserta penghantaran percuma ke pintu rumah anda.
Paling menarik perhatian, tawaran hebat ini langsung tidak menetapkan sebarang perbelanjaan minimum. Maksudnya, kalau anda cuma teringin nak minum secawan kopi atau sekadar memesan pencuci mulut yang ringkas, anda tetap layak menebus potongan harga kaw-kaw ini tanpa perlu memikirkan kos tambahan.

Lagi Senang Dengan Pilihan Bayar Waktu Terima (COD)
Selain penjimatan berganda, kemudahan pembayaran turut dipermudahkan bagi memberi lebih keselesaan kepada pelanggan. Khas buat pengguna di kawasan luar Lembah Klang, anda kini boleh memilih kaedah pembayaran tunai semasa pesanan tiba atau Cash on Delivery (COD).
Ciri ini memang sangat membantu, terutamanya jika anda malas mahu membuka aplikasi perbankan dalam talian atau berdepan masalah sambungan internet sewaktu transaksi. Hanya tunggu abang penghantar sampai di hadapan pagar, serahkan wang tunai, dan makanan panas sedia untuk dinikmati.

Cara Pantas Untuk Tebus Baucar
Proses untuk mendapatkan tawaran ini sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan langkah yang rumit. Anda tidak perlu memuat turun aplikasi baharu kerana semuanya boleh diakses terus melalui telefon pintar anda:
- Buka aplikasi Shopee yang sedia ada dan klik pada ikon ShopeeFood di laman utama.
- Cari restoran kegemaran atau hidangan pilihan berdekatan kawasan anda.
- Masukkan makanan ke dalam troli pesanan dan pilih kaedah bayaran sama ada secara dalam talian atau tunai waktu terima.
- Pastikan anda memasukkan baucar diskaun pengguna baru untuk melihat harga ditolak secara automatik sebelum membuat pengesahan.
Jadi, sementara promosi istimewa ini masih berjalan, tidak salah jika anda mencuba sendiri perkhidmatan ini dan nikmati hidangan enak pada harga yang cukup menjimatkan.
Sumber: OH! Media
Baca juga

Bukan Sekadar Warisan, Pantun Kini Jadi Wadah Rawat Jiwa & Kesihatan Mental
UIAM dan KPJ Healthcare bawa kelainan apabila memanfaatkan seni pantun sebagai medium kreatif bagi memupuk kesedaran kesihatan mental menerusi penganjuran TEPAKK 2026.

Ingat Grab Beli Makanan Saja? GrabMall Tawar Diskaun Cecah 61% Sempena 11.11
Ingat Grab sekadar untuk pesan makanan dan teksi? GrabMall kini tawar promosi 11.11 dengan diskaun hingga 61% dan baucar RM111 untuk pelbagai barangan.

Genap 10 Tahun Di Malaysia, FamilyMart Buat Kejutan Kopi RM0.99 Dan Kolaborasi Fesyen
Sempena ulang tahun ke-10, FamilyMart Malaysia tampil dengan pembaharuan besar termasuk kopi kraf RM0.99, menu oden baharu dan koleksi fesyen NIGO.