Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Krisdayanti Bikin Peminat Tersenyum, Spontan Mohon Maaf Isu Jerebu Masa Konsert

Tampil bertenaga di hadapan 7,000 penonton, diva tersohor Krisdayanti mencuri tumpuan apabila memohon maaf kepada peminat Malaysia susulan isu jerebu baru-baru ini.

Krisdayanti Bikin Peminat Tersenyum, Spontan Mohon Maaf Isu Jerebu Masa Konsert
Gambar: OH! Media

Bila sebut sahaja nama Krisdayanti, pasti ramai yang terbayang vokal mantap dan aksi pentasnya yang sentiasa memukau. Baru-baru ini, penyanyi legenda dari negara seberang ini sekali lagi menawan hati ribuan peminat tempatan ketika beraksi di pentas Ultra Kalcer Malaysia 2026. Namun, apa yang menarik perhatian bukan sekadar persembahan lagunya, tetapi sikap rendah dirinya yang begitu spontan.

Di hadapan kira-kira 7,000 penonton yang membanjiri acara tersebut, Krisdayanti sempat mencuri masa untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Isunya bukan fasal persembahan, tetapi mengenai masalah jerebu yang melanda negara akibat kebakaran hutan di Kalimantan baru-baru ini.

Iklan

Turut rasa tempias jerebu tetapi bersyukur mampu menyanyi

Dengan nada bersahaja tetapi penuh ikhlas, pelantun lagu Cobalah Untuk Setia itu memohon maaf atas situasi jerebu yang menjejaskan kualiti udara di sini. Malah, dia sendiri mengakui turut terkesan dengan keadaan tersebut sebelum naik ke pentas.

krisdayanti 2

Bagaimanapun, Krisdayanti meluahkan rasa syukurnya kerana suaranya masih berada dalam keadaan baik untuk menghiburkan para peminat. Katanya, situasi itu tidak mematahkan semangatnya dan berjanji mereka akan cuba melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Malam itu, penonton bagaikan dipukau apabila Krisdayanti mendendangkan rangkaian lagu-lagu malar segar miliknya seperti:

Iklan
krisdayanti
  • Menghitung Hari
  • Mencintaimu
  • Jika Kau Tak Datang

Kagum karya lama masih lekat di hati generasi muda

Bukan itu sahaja yang membuatkan konsert berkenaan terasa istimewa. Krisdayanti turut berkongsi rasa terharu dan kagum melihat sokongan peminat dari pelbagai lapisan umur. Walaupun zaman sudah jauh berubah, lagu-lagunya masih dihafal kemas oleh generasi baharu.

Mengimbau kenangan lama, dia menceritakan bahawa kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia adalah sekitar 28 tahun yang lalu dengan membawa lagu keramatnya, Menghitung Hari. Dia percaya, sesebuah karya yang dihasilkan dari lubuk hati yang ikhlas akan terus hidup merentasi masa dan generasi.

Gelagat santai dan permohonan maafnya itu nyata meninggalkan kesan mendalam di hati peminat tempatan, membuktikan betapa dekatnya hubungan diva Indonesia ini dengan peminat setianya di Malaysia.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan