Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Himpun 145,000 Peminat, Siti Nurhaliza Cipta Sejarah Rangkul Rekod Asia

Dua konsert mega Siti Nurhaliza melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menerima pengiktirafan rasmi peringkat ASEAN dan Asia selepas mengumpul 145,000 penonton.

Himpun 145,000 Peminat, Siti Nurhaliza Cipta Sejarah Rangkul Rekod Asia
Gambar: gempak

Bila sebut sahaja nama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memang payah nak nafikan pengaruh besar yang dibawanya dalam industri muzik tanah air. Baru-baru ini, penyanyi tersohor ini sekali lagi membuktikan kedudukan dirinya berada dalam kelas tersendiri.

Siti berjaya melakar pencapaian luar biasa apabila nama beliau secara rasminya disenaraikan dalam ASEAN Records serta Asia Records. Pengiktirafan gilang-gemilang itu diberikan susulan penganjuran dua konsert solo berskala stadium miliknya yang mendapat sambutan luar jangkaan.

Iklan
Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kumpul 145,000 Peminat Dalam Tempoh 10 Bulan

Bukan senang untuk mana-mana artis tempatan memenuhi stadium berulang kali dalam tahun yang sama. Namun, Siti membuktikan auranya tidak pernah pudar apabila Konsert Legasi 30 yang berlangsung pada 10 Januari lalu digabungkan dengan Konsert Gema Bumantara pada 17 Oktober berjaya mengumpulkan seramai 145,000 penonton.

Angka mega ini direkodkan hanya dalam tempoh 10 bulan sahaja. Kejayaan itu sekali gus melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemegang rekod bagi jumlah penonton gabungan terbesar untuk dua konsert solo stadium oleh artis rakaman berbahasa Melayu.

Penangan Muzik Tradisional Di Stadium

Bukan itu sahaja, Konsert Gema Bumantara turut mencipta satu lagi rekod berasingan yang cukup membanggakan. Mana tidaknya, konsert yang mengangkat irama tradisional sepenuhnya itu berjaya menarik kehadiran 73,000 penonton dalam satu malam.

Iklan
JDT Worldwide 1070

Bukan calang-calang stamina yang ditunjukkan oleh penghibur nombor satu negara ini. Pada malam berkenaan, Siti telah menyampaikan sebanyak 34 buah lagu tradisional tanpa henti sepanjang tempoh tiga jam 30 minit.

Persembahan penuh bertenaga itu melayakkan beliau diiktiraf sebagai pemilik konsert solo muzik tradisional terbesar serta mempunyai jumlah penonton paling ramai bagi kategori artis rakaman wanita di rantau ini.

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Malam Penuh Bermakna

Segala sijil pengiktirafan berprestij tersebut diserahkan secara rasmi sewaktu berlangsungnya Malam Apresiasi Konsert Legasi 30 dan Konsert Gema Bumantara. Majlis santai itu diadakan khas bagi meraikan kerja keras tenaga produksi serta kejayaan luar biasa konsert-konsert berkenaan.

Iklan

Pencapaian ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa muzik tradisional Melayu masih mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati pendengar, asalkan ia dipersembahkan dengan kualiti dan jiwa yang tinggi seperti yang dibawakan oleh Biduanita Negara ini.

Sumber: gempak

Iklan

Baca juga

Iklan