Siakap KeliLive · Auto-update
Artis

Garang Dalam Kudrat 1968, Dai Fuad Rupanya Bekas Penuntut Master Undang-Undang

Dikenali dengan watak antagonis dalam Kudrat 1968, siapa sangka pelakon Dai Fuad mempunyai latar belakang pendidikan undang-undang dan turut aktif dalam dunia muzik.

Garang Dalam Kudrat 1968, Dai Fuad Rupanya Bekas Penuntut Master Undang-Undang
Gambar: OH! Media

Bagi penonton setia yang mengikuti karya daripada francais Projek: High Council, naskhah drama bersiri terhad Kudrat 1968 pastinya sudah tidak asing lagi. Salah satu karakter yang paling melekat di hati peminat sudah tentulah watak Pa, iaitu watak antagonis yang dijayakan dengan begitu cemerlang oleh pelakon Dai Fuad.

Aksinya yang tegas, garang dan kadangkala membuatkan penonton rasa geram membuktikan kualiti lakonannya yang mantap. Namun begitu, pernahkah anda terfikir bagaimana personaliti sebenar beliau apabila kamera berhenti merakam? Di sebalik sisi bengis di kaca televisyen, rupa-rupanya Dai Fuad memiliki latar belakang yang cukup berbeza dan mengejutkan ramai.

Iklan

Asal Usul Nama Pentas, Bukan Gelaran Agama

Mendengar nama Dai, mungkin ada segelintir peminat yang beranggapan ia mempunyai kaitan dengan panggilan keagamaan atau nama keluarga. Hakikatnya, telkaan tersebut jauh tersasar.

Nama pentas itu sebenarnya diilhamkan daripada tempat kelahirannya sendiri iaitu di Skudai, Johor. Panggilan santai daripada rakan-rakan ketika zaman membesar itu akhirnya terus lekat dan dibawa sehingga ke dunia lakonan. Daripada sekadar nama panggilan kawan-kawan di kampung halaman, kini ia menjadi identiti rasminya dalam persada seni tempatan.

Pernah Sambung Pengajian Master Bidang Perundangan

Satu fakta menarik yang jarang diketahui umum adalah latar belakang akademiknya. Walaupun sering membawakan watak yang kasar dan memberontak atas skrin, Dai Fuad rupa-rupanya pernah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau Masters dalam bidang undang-undang.

Iklan

Bukan calang-calang latar belakang untuk seorang pelakon watak antagonis. Pencapaian dalam bidang perundangan ini membuktikan beliau bukan sahaja berbakat dalam seni lakon, malah memiliki disiplin intelektual yang tinggi di luar industri hiburan.

Bakat Muzik dan Vokalis Kumpulan TIP

Kelebihan Dai Fuad tidak terhenti di set penggambaran dan dewan kuliah sahaja. Jiwa seninya turut mengalir deras dalam bidang muzik apabila beliau juga bergelar vokalis utama bagi sebuah kumpulan muzik bernama TIP.

Gabungan bakat lakonan, kecintaan pada dunia muzik dan latar belakang undang-undang ini membuktikan dirinya seorang artis yang mempunyai pelbagai sisi kebolehan yang wajar diberi perhatian.

Iklan

Kupas Budaya Buli Menerusi Kudrat 1968

Bercakap mengenai naskhah Kudrat 1968, Dai Fuad melihat projek tersebut melangkaui sekadar drama pergaduhan biasa. Baginya, penceritaan siri berkenaan membuka ruang perbincangan yang lebih serius mengenai isu dan budaya buli yang masih berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Peluang menghidupkan watak dalam karya berat seperti ini membolehkan penonton menilai kesan buruk kitaran keganasan tersebut dari sudut pandang yang berbeza, dan bukannya sekadar menikmati aksi dramatik semata-mata.

Daripada seorang anak jati Skudai yang menuntut ilmu perundangan sehinggalah menjadi vokalis kumpulan muzik dan pelakon berkaliber, Dai Fuad membuktikan watak garang atas skrin langsung tidak mencerminkan keperibadian serba boleh dirinya yang sebenar.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan