Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

ECRL Mula Beroperasi 12 Disember Ini, Siap Bagi Diskaun Tambang Sehingga 50%

Berita baik buat perantau Pantai Timur, ECRL tawar diskaun tambang 30 peratus sempena pembukaan, manakala empat golongan ini nikmati potongan tetap 50 peratus.

ECRL Mula Beroperasi 12 Disember Ini, Siap Bagi Diskaun Tambang Sehingga 50%
Gambar: OH! Media

Bagi sesiapa yang sering berulang-alik ke Pantai Timur, pasti faham peritnya menghadap kesesakan jalan raya berjam-jam, terutamanya bila tiba musim cuti sekolah atau perayaan. Kali ini, ada khabar gembira yang sekian lama ditunggu-tunggu ramai.

Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka akan mula membuka laluannya secara rasmi kepada umum pada 12 Disember ini. Lebih menarik, pengguna bukan sahaja dapat merasai pengalaman menaiki tren baharu ini, malah bakal menikmati potongan tambang yang cukup berbaloi.

Iklan

Diskaun 30 Peratus Untuk Bulan Pertama

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkongsi bahawa tawaran istimewa ini diberikan khas sempena fasa pelancaran rasmi perkhidmatan tren berkenaan. Orang ramai yang memilih untuk menaiki kelas ekonomi bakal menikmati diskaun tambang sebanyak 30 peratus sepanjang bulan pertama operasi berjalan.

ecrl

Langkah ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk orang ramai mencuba sendiri mod pengangkutan baharu ini pada kadar yang lebih mampu milik sebelum tambang biasa dikuatkuasakan sepenuhnya.

Empat Kategori Nikmati Diskaun Tetap Separuh Harga

Bukan itu sahaja, kerajaan turut memastikan golongan yang memerlukan sentiasa mendapat manfaat jangka panjang daripada projek infrastruktur ini. Menurut Anthony Loke, empat golongan terpilih bakal menerima potongan tambang sebanyak 50 peratus secara tetap.

Iklan

Kategori penumpang yang layak menikmati diskaun separuh harga ini termasuklah:

ohmedia ecrl 2
  • Kanak-kanak yang berumur antara dua hingga 12 tahun.
  • Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.
  • Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar.
  • Pesara kerajaan.

Potongan tetap ini pastinya melegakan mereka yang berkeluarga besar atau warga emas yang kerap berulang-alik bagi tujuan rawatan kesihatan mahupun menziarahi sanak-saudara.

Alternatif Baharu Perjalanan Pantai Timur

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh beliau ketika sesi sidang akhbar di Transport Expo Asia 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Iklan

Kehadiran ECRL bukan sekadar menambah pilihan perjalanan, malah diharapkan dapat menjadi pemangkin ekonomi setempat serta mengurangkan beban trafik jalan darat yang sering sesak di lebuh raya utama. Jadi, bagi anda yang ada perancangan ke Pantai Timur hujung tahun ini, bolehlah mula semak jadual dan bersiap sedia untuk mencuba sendiri perkhidmatan ini nanti.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan