Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Aliff Syukri Akui Khilaf Baca Surah, Buka Cerita Hidap ADHD & Disleksia

Aliff Syukri memohon maaf atas kesilapan bacaan surah ketika mengimamkan solat bersama anak-anak, selain mendedahkan dirinya bergelut dengan masalah ADHD dan disleksia.

Aliff Syukri Akui Khilaf Baca Surah, Buka Cerita Hidap ADHD & Disleksia
Gambar: gempak

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf secara terbuka susulan kekhilafan dirinya ketika membaca surah al-Fatihah dan al-Fil sewaktu mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya baru-baru ini.

Rakaman siaran langsung solat tersebut sebelum ini tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi, terutamanya kritikan netizen yang menegur kesalahan sebutan dan hukum tajwid dalam bacaannya.

Iklan

Komen Negatif Beri Kesan Pada Emosi Anak-Anak

Bercakap mengenai perkara itu, Aliff mengakui kata-kata tohmahan dan hinaan netizen bukan sahaja meruntuhkan semangatnya, malah turut memberi tempias buruk kepada emosi anak-anak di rumah.

Menurut bapa kepada enam cahaya mata ini, anak-anaknya mula berasa malu dan tertanya-tanya mengapa bapa mereka menjadi sasaran kecaman teruk di alam maya.

"Bila orang menghina saya, anak-anak sampai malu dan tanya kenapa jadi macam ini. Mereka tahu saya membaca al-Quran pun tak betul," luahnya ketika ditemui pada majlis pelancaran promosi jualan hujung tahun syarikatnya di Wisma Dherbs, Kota Damansara.

Iklan

Bergelut Dengan ADHD Dan Masalah Disleksia

Tidak berniat menegakkan benang yang basah, Aliff secara jujur berkongsi kekurangan dirinya yang berdepan masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) serta disleksia. Kekangan itu membuatkan dirinya sukar untuk membaca dan menghafal ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar.

Jelas Aliff, dia sebenarnya sedang dalam fasa berusaha memperbaiki diri dan mendekatkan keluarga dengan amalan agama, sesuatu yang jarang dilakukannya sebelum ini.

"Jujur saya ada masalah ADHD dan disleksia, saya bergelut nak menghafal. Sekarang inilah saya dapat mengaji, bagi tazkirah dekat anak-anak. Kalau baca komen tu memang rasa terus hilang semangat," jelasnya lagi.

Iklan

Tiada Niat Perlekehkan Agama Islam

Pada masa sama, usahawan ini menegaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai niat untuk mempersenda atau mempermainkan kesucian agama sewaktu merakam sesi solat tersebut. Dia berasa terkilan apabila ada pihak sengaja membuat provokasi melampau terhadap usahanya.

Isu bacaan solat Aliff ini sebelum ini turut menarik perhatian pendakwah bebas, Ustaz Hafiz Afandi, yang tampil memberikan ulasan membina mengenai rukun solat. Menurut pendakwah berkenaan, surah al-Fatihah merupakan rukun qauli yang wajib dibaca dengan betul dan menyarankan agar usahawan itu mendapatkan bimbingan daripada guru yang lebih arif.

Sumber: gempak

Iklan

Baca juga

Iklan