Mualim Muda 2 Minggu Kedua Makin Sengit, Peserta Diuji Gandingan Duo & Muzikal
Pentas Mualim Muda Musim 2 diteruskan dengan cabaran berpasangan bertemakan Pesan Nabi serta iringan muzik secara langsung.

Pentas program dakwah popular, Mualim Muda Musim 2 kembali menyapa penonton dengan cabaran yang jauh lebih getir untuk episod kedua. Selepas episod pengenalan yang sarat dengan emosi serta kupasan menyentuh jiwa, minggu ini para peserta tidak lagi beraksi solo sebaliknya digandingkan secara berpasangan.
Menerusi tema 'Pesan Nabi', setiap pasangan perlu membentangkan kefahaman hadis yang diperoleh melalui sesi undian. Menariknya, mereka bukan sekadar berceramah kosong, tetapi dituntut mengupas hikmah dan menghubungkaitkannya dengan realiti kehidupan seharian masyarakat sekarang.
Kelainan Elemen Muzikal Di Atas Pentas
Bagi memberi nafas baharu kepada penyampaian tazkirah, pementasan minggu ini disuntik elemen muzikal yang diiringi secara langsung oleh kumpulan pemuzik Mawla. Sentuhan melodi ini dijangka bakal memberikan impak emosi yang lebih mendalam kepada penonton di studio mahupun di rumah.
Bukan itu sahaja, gandingan dua pengacara serba boleh, Fakhrul Radhi dan Atu, turut mengambil bahagian memperdendangkan bait-bait selawat serta qasidah sebelum dan selepas segmen siaran iklan.
Pentas minggu kedua turut dihangatkan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan nasyid remaja sensasi, One Path. Mereka bakal membawakan lagu cover tular iaitu Syurga (adaptasi lagu tema animasi K-pop Demon Hunter) serta alunan selawat khas.
Senarai Gandingan Duo & Topik Persembahan
Berikut merupakan gandingan peserta serta tajuk kupasan hadis yang bakal dipertaruhkan:
- Mualim Muda Aizuddin & Mualim Muda Yazid: Ikhlas Yang Sukar Di Cari
- Mualim Muda Yusuf & Mualim Muda Aidil: Lidah Membawa Syurga Atau Neraka
- Mualim Muda Adam Tan & Mualim Muda Syafiq: Memaafkan Itu Kekuatan
- Mualim Muda Raja & Mualim Muda Khaiqal: Amanah Yang Dipandang Ringan
- Mualim Muda Mustaqim & Mualim Muda Qamarul: Sabar Itu Bukan Lemah
Kerusi Juri & Tekanan Minggu Penyingkiran
Di meja penjurian, tugas menilai persembahan peserta digalas oleh dua juri tetap iaitu Dr Kamilin Jamilin dan Ustazah Asni Mansor. Untuk minggu ini, Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Izhar Ariff hadir sebagai juri jemputan bagi menggantikan tempat Datuk Ustaz Kazim Elias.
Jika diimbas kembali minggu pertama, tuah menyebelahi Mualim Muda Aizuddin apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Ikon Inspirasi Emas Sri Semantan sekali gus menduduki tangga teratas carta.
Sebaliknya, debaran pasti lebih dirasai oleh Mualim Muda Syafiq, Aidil dan Qamarul yang sebelum ini berada pada kedudukan tiga terbawah. Walaupun mereka terselamat kerana tiada penyingkiran pada minggu lalu, cabaran duo ini menuntut kebangkitan luar biasa agar tidak tersungkur di pentas ujian.
Program ini bersiaran secara langsung pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Astro Prima (105), selain boleh distrim di Astro GO.
Sumber: gempak
Baca juga

Mualim Muda 2: Aizuddin Kekal Nombor Satu, Tiga Peserta Bernafas Lega Tiada Penyingkiran
Aizuddin sekali lagi menduduki tangga teratas minggu kedua Mualim Muda 2, manakala tiga peserta tercorot menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan.

Ramai Rebut Jadi Anak Megah Holdings, Mustapha Kamal Gigih 'Google' Nasihat Bisnes
Ramai netizen bergurau mahu jadi anak Papa Megah Holdings, Datuk Mustapha Kamal akui gigih melayan pertanyaan bisnes mereka sampai terpaksa cari istilah di internet.

Redah Gua & Lumpur Tebal, Zul Ariffin Akui Filem BALING Paling Uji Ketahanan
Zul Ariffin berkongsi pengalaman getir menjayakan penggambaran filem BALING: Raja Bersiong Returns yang menuntut ketahanan mental serta fizikal luar biasa.