Siakap KeliLive · Auto-update
Viral

Minta Sambut Tempat Privasi, Dr Fie Terkejut Suami 'Book' Satu Restoran Mewah

Niat hati cuma minta tempat sambutan hari lahir yang tenang, Dr Fie tergamam bila suaminya terus sewa sebuah restoran mewah khas untuk mereka berdua.

Minta Sambut Tempat Privasi, Dr Fie Terkejut Suami 'Book' Satu Restoran Mewah
Gambar: rotikaya

Bila bercakap fasal kejutan hari jadi daripada pasangan, lain orang lain caranya. Ada yang cukup sekadar kek potong seringgit dua, dan ada juga yang memang sanggup berhabis duit demi membahagiakan orang tersayang.

Situasi itulah yang pernah dialami pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah atau lebih mesra disapa Dr Fie. Kisah manis itu dikongsikan sendiri oleh beliau sewaktu berinteraksi bersama pengikutnya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Iklan

Niat Mahu Tempat Tenang, Terus Disewa Satu Restoran

Menurut Dr Fie, segalanya bermula apabila dia menyuarakan hasrat kepada suaminya, Kapten Amrul Nizar, mengenai sambutan ulang tahun kelahirannya yang bakal tiba ketika itu. Dr Fie sempat berpesan bahawa dia tidak gemar berada di kawasan yang sesak dan lebih selesa dengan suasana privasi.

Niat asalnya sekadar mahu melihat sejauh mana kesungguhan suaminya merancang sambutan tersebut. Namun, dia sama sekali tidak menyangka suaminya mengambil permintaan itu secara sangat serius.

Siapa sangka, Kapten Amrul rupa-rupanya membuat kejutan luar biasa dengan menempah seluruh restoran mewah terkemuka, Marini’s On 57, khas untuk mereka menyambut hari istimewa berkenaan.

Iklan

Suasana Sunyi Sampai Rasa Kekok

Menceritakan detik tersebut, Dr Fie mengakui suasana di restoran berkenaan benar-benar sunyi sepi tanpa kehadiran pelanggan lain. Lebih melucukan, sambutan itu diadakan ketika bulan puasa dan hanya terdapat sekitar tiga orang sahaja di dalam premis luas berkenaan.

Keadaan yang terlalu lengang itu secara tidak langsung membuatkan suasana bertukar janggal. Dr Fie secara berseloroh mendedahkan dirinya berasa agak kekok kerana pada fasa tersebut, hubungan mereka masih baharu dan dia belum begitu mengenali hati budi suaminya.

Disebabkan tempat itu terlalu sunyi dan terasing, Dr Fie sempat berseloroh terbit rasa bimbang jika dirinya menjadi mangsa keadaan pada waktu itu. Namun kini, momen tersebut menjadi antara kenangan paling melucukan dan manis untuk dikenang sepanjang perkahwinan mereka.

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan