Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

"Saya Tak Layak Berdiri Sebelah Bella" - Syed Saddiq Bidas Isu Sekufu

Dituduh tidak sekufu oleh netizen, Syed Saddiq tampil pertahankan Bella Astillah dengan pendedahan menyentuh hati di hadapan ribuan tetamu.

"Saya Tak Layak Berdiri Sebelah Bella" - Syed Saddiq Bidas Isu Sekufu
Gambar: OH! Media

Bila mendirikan rumah tangga dengan figura yang sering menjadi perhatian, pasti ada sahaja mulut orang yang mula membanding-bandingkan. Itulah yang dihadapi pasangan pengantin baru, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah, apabila timbul segelintir netizen mendakwa mereka berdua kononnya tidak sekufu.

Ada warganet yang menganggap Bella sangat beruntung kerana berjaya memiliki lelaki berstatus seperti Ahli Parlimen Muar itu. Namun, Syed Saddiq memilih untuk tidak berdiam diri dan memberikan jawapan yang cukup matang dan menyentuh hati.

Iklan

Berdikari Sejak Umur Tujuh Tahun

Ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang tetamu pada majlis resepsi perkahwinan mereka di MITEC, Syed Saddiq membuka cerita tentang sisi kehidupan isterinya yang jarang diketahui umum. Bella sebenarnya sudah mula mencari rezeki demi keluarga seawal usia kanak-kanak lagi.

Menurutnya, Bella menyertai pertandingan Bintang Kecil RTM sewaktu baru berusia lima tahun. Melalui bakat seninya, Bella berjaya membawa seluruh keluarganya berpindah dari Sabah ke Kuala Lumpur ketika umurnya baru mencecah tujuh tahun.

syed saddiq bella astillah

Syed Saddiq sempat berseloroh bahawa sewaktu usia tujuh tahun, dia sendiri masih bermain getah pemadam bersama rakan-rakan di sekolah. Pengorbanan Bella yang memikul tanggungjawab besar seawal usia tersebut membuktikan kekuatan sebenar isterinya.

Iklan

Pendidikan Lawan Pengorbanan Ibu

Menyentuh soal kelayakan akademik, Syed Saddiq tidak menafikan dirinya bernasib baik mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik. Namun, beliau melihat pencapaian Bella daripada sudut yang jauh lebih bernilai.

Ketika dirinya berada di menara gading, Bella pula sedang sibuk bergelar seorang ibu yang luar biasa dalam membesarkan dan mendidik dua orang anaknya. Bagi Saddiq, jasa dan pengorbanan Bella itu langsung tidak boleh dinafikan.

Justeru, jika ada pihak yang masih mahu bercakap tentang darjat atau sekufu, beliau menegaskan bahawa dialah yang sebenarnya berasa tidak layak untuk berdiri di samping seorang wanita sehebat isterinya.

Iklan
syed saddiq bella astillah 2

Bukan Penyelamat, Hanya Pelengkap Hidup

Syed Saddiq turut menolak tanggapan sesetengah orang yang melihat kehadirannya seolah-olah seorang 'penyelamat' buat Bella. Baginya, Bella seorang wanita yang sangat kuat dan sudah pun menyelamatkan dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Bella berjaya membahagiakan anak-anak dan memberikan pendidikan terbaik hasil titik peluhnya sendiri. Kehadirannya dalam hidup Bella hanyalah sekadar pelengkap, bukan penyelamat.

Ucapan penuh makna itu membuatkan dewan gamat dengan sorakan dan tepukan gemuruh, manakala Bella yang berada di sisinya kelihatan sebak sambil mengesat air mata.

Iklan

Bella kemudiannya mengakui sangat terkejut dan tidak menyangka suaminya akan membuat ucapan sedemikian di khalayak ramai. Walaupun menganggap tohmahan orang luar sebagai lumrah anak seni, tindakan Syed Saddiq mempertahankan maruah dirinya membuatkan dia berasa amat lega dan dihargai seikhlas hati.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan