Leher Tegang & Belakang Sakit Sebab Mengadap Skrin? Amalkan 5 Tabiat Mudah Ini
Kerap bangun pagi rasa sengal dan leher tegang akibat seharian mengadap gajet? Ketahui lima langkah ringkas ini untuk pastikan tubuh kekal cergas dan bebas lenguh.

Pernah tak anda bangun tidur pada waktu pagi, tetapi badan rasa macam baru lepas angkat beban berat? Leher mula tegang, pinggang rasa serba tak kena, padahal tugasan harian belum pun bermula.
Situasi begini bukan lagi perkara asing bagi mereka yang terpaksa bertapa di hadapan komputer riba berjam-jam atau ralit menatal telefon pintar tanpa henti. Selalunya kita terlalu sibuk mengejar tarikh akhir kerja dan menguruskan hal keluarga sampai penjagaan tubuh diletakkan di tempat terakhir, sedangkan fizikal yang selesa itulah kunci untuk kita terus produktif.
Ubah Tabiat Harian Sebelum Sakit Melarat
Bagi mengelakkan tubuh daripada terus mengalami kekakuan, ada beberapa langkah mudah yang boleh mula dijadikan rutin harian:
- Kerap bangun dan ubah posisi: Elakkan daripada duduk melekat pada kerusi dalam tempoh yang terlalu lama. Berdiri seketika, jalan beberapa langkah atau buat regangan ringan supaya otot tidak terus tegang.
- Perbetulkan cara pegang telefon: Ramai suka menundukkan kepala terlalu rendah sewaktu membalas mesej atau menonton video. Tabiat ini memberi tekanan tambahan pada tengkuk, jadi biasakan mengangkat telefon ke paras yang lebih selesa.
- Peka terhadap rasa sakit yang berulang: Rasa lenguh sekali-sekala itu biasa, tetapi jangan ambil mudah jika ia kerap berulang. Lebih-lebih lagi kalau sakit belakang mula disertai rasa kebas, mencucuk atau kaki terasa lemah, segera dapatkan nasihat perubatan.
- Bina kekuatan otot secara berperingkat: Penjagaan badan bukan sekadar mencari kelegaan masa sakit, sebaliknya tentang mengekalkan keupayaan bergerak. Amalkan aktiviti ringkas seperti berjalan kaki atau senaman mobiliti mengikut kemampuan diri.
- Fahami keperluan tubuh sendiri: Setiap orang mempunyai tahap kecergasan dan masalah kesihatan yang berbeza. Rawatan atau senaman yang berkesan untuk orang lain belum tentu serasi dengan keadaan tubuh anda.
Sakit Nampak Serupa, Tapi Punca Boleh Jadi Berbeza
Menyentuh tentang perkara ini, Pengasas MMW Bone Alignment Centre, Prof Is Dr Grandmaster Max Wong berkongsi bahawa rasa sakit yang kelihatan sama pada dua individu tidak semestinya berpunca daripada punca yang serupa. Pendekatan yang betul perlu bermula dengan memahami keadaan tubuh individu tersebut terlebih dahulu.
Pihak MMW turut mengetengahkan kaedah penjagaan badan 5R yang merangkumi langkah Release, Realign, Restore, Rebuild dan Recover. Pendekatan manual bukan invasif ini menumpukan kepada kelegaan ketidakselesaan, penjagaan postur, fungsi pergerakan serta pembinaan kekuatan semula sebelum seseorang kembali menjalani aktiviti seperti biasa.
Beliau turut berpesan agar orang ramai tidak menunggu sehingga badan mula terasa sakit baru tergesa-gesa mahu bertindak. Kesihatan fizikal wajar diuruskan dengan konsisten setiap hari, seimbang dengan kesibukan menguruskan kerjaya dan keluarga.
Menjaga tubuh tidak memerlukan perubahan drastik dalam sekelip mata. Cukup sekadar peka dengan isyarat yang diberikan oleh badan dan mulakan tabiat kecil yang menyihatkan hari ini.
Sumber: gempak
Baca juga

"Kenapa Tak Angkat Kaki Je?" Rupanya Ini Sebab Sukar Tinggalkan Pasangan Toksik
Ramai yang pantas menyoal kenapa mangsa keganasan rumah tangga sukar angkat kaki. Sebenarnya ada beban emosi, ancaman dan kekangan hidup yang orang luar tak nampak.

Terlanjur Bernazar Benda Tak Elok? Fahami Hukum Sebenar Dan Tindakan Wajib Buat
Bernazar ada batasnya dan tidak boleh melibatkan perkara maksiat. Ketahui tindakan wajib sekiranya anda terlanjur berjanji serta cara menyelesaikannya.

Jimat Separuh Harga, ShopeeFood Tawar Diskaun 50% Tanpa Syarat Belanja Minima
ShopeeFood perkenalkan kempen Lagi Murah 50% OFF yang boleh ditebus setiap hari tanpa had perbelanjaan minima, sesuai untuk mereka yang nak berjimat.