Rekod Juara Dunia Termuda F1 Dileburkan, Legenda Emerson Fittipaldi Buka Mulut
Legenda Formula Satu, Emerson Fittipaldi kagum melihat Kimi Antonelli dinobat juara dunia pada usia 20 tahun sekali gus mencatat sejarah baharu sukan permotoran.

Bila sebut pasal sukan Formula Satu (F1), saingan nak rebut gelaran juara dunia memang sangat sengit. Tapi bila ada anak muda yang baru berusia 20 tahun sudah berjaya menjulang trofi kejuaraan dunia, ia pastinya mengejutkan ramai peminat sukan permotoran antarabangsa.
Kejayaan sensasi bintang muda Mercedes, Kimi Antonelli, turut menarik perhatian legenda F1, Emerson Fittipaldi. Tokoh sukan berusia 79 tahun itu menganggap kemunculan bakat muda di podium tertinggi adalah satu evolusi semula jadi yang sangat positif untuk dunia perlumbaan.
Rekod lama Fittipaldi dipintas
Impak kemenangan Antonelli musim ini cukup besar. Kejayaan pelumba kelahiran Itali itu secara automatik telah menolak nama Fittipaldi keluar daripada senarai lima juara dunia termuda dalam sejarah perlumbaan berprestij tersebut.
Fittipaldi pernah melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia termuda pada usia 25 tahun sewaktu memenanginya pada tahun 1972 bersama pasukan Lotus. Rekod itu kemudiannya dipecahkan oleh Fernando Alonso pada 2005 ketika berusia 24 tahun.
Kini, Antonelli gah memimpin senarai juara dunia termuda, memintas nama-nama besar lain seperti Sebastian Vettel, Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan Max Verstappen.
Mula memandu dari usia kanak-kanak
Bagi Fittipaldi, perbezaan zaman jelas memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba hebat seawal usia muda. Kanak-kanak zaman sekarang didedahkan kepada sukan go-kart seawal usia empat atau lima tahun sebelum diasah bakat mereka ke perlumbaan Formula Dua dan seterusnya F1.
Antonelli sendiri mula memegang stereng go-kart pada umur lima tahun atas dorongan bapanya, sebelum membuat kemunculan sulung di litar F1 tahun lalu. Situasi ini berbeza dengan zaman Fittipaldi yang hanya mula berjinak dengan go-kart ketika berusia 17 tahun, sebelum bergelar juara dunia lapan tahun kemudian.
Juara dunia dua kali itu turut memuji ketenangan Antonelli yang mampu beraksi cemerlang di bawah tekanan tinggi. Contoh terbaik dapat dilihat semasa Grand Prix Itali di Monza, apabila Antonelli bangkit memenangi perlumbaan di laman sendiri walaupun terpaksa bermula dari petak ke-19 gara-gara penalti enjin.
Mahu litar Amerika Latin terus hidup
Selain bercakap mengenai kebangkitan Antonelli, Fittipaldi turut memperjuangkan usaha memperkukuhkan sukan F1 di rantau Amerika Latin. Beliau dijadual melawat Buenos Aires untuk meninjau proses naik taraf Litar Oscar y Juan Galvez yang berhasrat kembali menjadi penganjur F1 selepas kali terakhir diadakan pada 1998.
Ketika Grand Prix Sao Paulo sudah mengesahkan tempat sehingga 2035, Fittipaldi berharap Argentina dapat mengikut jejak langkah Brazil dan Mexico demi memelihara legasi hebat pelumba lagenda seperti Juan Manuel Fangio, Nelson Piquet dan Ayrton Senna.
Sumber: Harian Metro
Baca juga

Aksi Penentu Piala FA: Kuching City Buru Dua Gol, Tagih Magis Pemain Ke-12
Kuching City FC yakin mampu cipta kejutan ke atas Selangor FC pada separuh akhir kedua Piala FA, sambil menyerahkan strategi taktikal sepenuhnya kepada Aidil Sharin.

Pertaruh 23 Petinju Muda Ke Ipoh, Negeri Sembilan Buru Juara Pelapis Kebangsaan
Negeri Sembilan mempertaruhkan 23 petinju muda bagi memburu gelaran juara keseluruhan kategori pelapis dalam Kejohanan Tinju Kebangsaan 2026 di Ipoh.

Terlepas Podium Di Laman Sendiri, Hakim Danish Belum Mengaku Kalah
Walaupun terlepas podium di Sepang baru-baru ini, pelumba Moto3 negara Hakim Danish Ramli tekad memburu kejayaan dalam baki tiga perlumbaan musim ini.