Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Muka Berbalut Disangka Pembedahan Plastik, Prince Syed Tampil Buka Cerita Sebenar

Wajah berbalut dan bengkak disangka buat pembedahan plastik, Prince Syed jelaskan prosedur sebenar buang minyak silikon lama akibat suntikan palsu.

Muka Berbalut Disangka Pembedahan Plastik, Prince Syed Tampil Buka Cerita Sebenar
Gambar: Beautifulnara

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh usahawan dan pempengaruh, Prince Syed di TikTok berjaya mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, wajahnya kelihatan berbalut kemas dan membengkak sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warga maya sama ada dia melakukan pembedahan plastik.

Menyedari pelbagai spekulasi mula bertebaran, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, pantas tampil menjernihkan keadaan. Dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mahu mengubah ciptaan wajah, sebaliknya menjelaskan keadaan itu berpunca daripada prosedur membuang bendalir minyak silikon.

Iklan

Terpedaya Suntikan Ketika Jadi Model

Mengimbas kembali titik permulaan perkara itu, Prince Syed mendedahkan bahawa segalanya bermula sekitar tahun 2012 dan 2013. Pada waktu tersebut, dia aktif bergelar model dan terpengaruh dengan saranan rakan-rakan yang mendakwa suntikan 'filler' mampu membuatkan wajah lebih menarik serta membuka banyak tawaran kerja.

Walaupun awalnya tawaran peragaan memang mencurah-curah masuk, kesan buruknya mula dirasai selepas beberapa tahun. Wajahnya tidak lagi tegang, malah menjadi kendur dan kelihatan mengembang teruk setiap kali berat badannya meningkat.

Rupa-rupanya, cecair yang dimasukkan ke dalam wajahnya dahulu bukanlah bahan filler selamat yang boleh larut secara semula jadi, sebaliknya minyak silikon yang boleh membahayakan kesihatan.

Iklan

Prosedur Ambil Masa Lebih Tiga Jam

Menurutnya, hasrat untuk membuang silikon tersebut sudah lama terbuku, namun dia berdepan kesukaran mencari pusat rawatan yang sanggup menguruskannya. Dia akhirnya menemui sebuah klinik di Negeri Sembilan yang sudi membantu membuang bahan asing berkenaan.

Prosedur tersebut dilaporkan mengambil masa kira-kira tiga jam setengah. Buat peringkat awal, rawatan difokuskan pada bahagian pipi kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum beralih ke bahagian bawah mata selepas bengkak surut.

Niat Baiki Kesilapan Lalu

Tegas Prince Syed, perkongsian itu dibuat bukan untuk meraih simpati, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya mengambil suntikan wajah sembarangan. Dari sudut agama, dia sedar bahawa berusaha mengeluarkan bahan terlarang yang memudaratkan adalah satu kewajipan.

Iklan

Meskipun terpaksa menanggung kesakitan dan wajah bengkak buat sementara waktu, dia tidak menyesali apa yang berlaku. Baginya, semua kesilapan lalu menjadi asam garam dan pengajaran bermakna dalam perjalanan hidupnya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Sumber: Beautifulnara

Iklan

Baca juga

Iklan