Siakap KeliLive · Auto-update
Artis

Kerap 'Pukul' Suami Waktu Tidur, Elizabeth Tan Buntu Fikir Nak Asing Bilik

Elizabeth Tan buntu memikirkan tabiat luar kawalannya yang kerap terpukul suami waktu tidur hingga terfikir sama ada patut tidur bilik asing.

Kerap 'Pukul' Suami Waktu Tidur, Elizabeth Tan Buntu Fikir Nak Asing Bilik
Gambar: rotikaya

Bila sebut pasal alam perkahwinan, mesti macam-macam ragam dan kisah melucukan yang timbul antara pasangan. Ada yang berdengkur kuat, ada yang jenis berebut selimut, dan tidak kurang juga yang tidur lasak sampai orang sebelah terkena tempias.

Situasi unik inilah yang sedang dilalui oleh penyanyi dan pelakon popular, Elizabeth Tan. Menerusi satu perkongsian di platform Threads, selebriti yang mesra disapa sebagai Lizzy ini mendedahkan satu tabiat di luar kawalannya yang berlaku setiap kali dia lena diulit mimpi.

Iklan

Kerap Pukul Suami Tanpa Sedar

Secara jujur, Lizzy memberitahu bahawa dia kerap memukul suaminya, Dr. Siew Jing Ding semasa sedang tidur. Paling mencuit hati, perbuatan itu berlaku sepenuhnya tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

Perkara tersebut membuatkan Lizzy berada dalam dilema kerana dia benar-benar buntu memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi tabiat berkenaan. Rasa bersalah mula timbul apabila memikirkan nasib suaminya yang terpaksa menahan pukulan secara tiba-tiba di tengah malam.

"Saya tak tahu nak buat apa… saya kerap tak sengaja pukul Jim waktu saya tidur," luah Lizzy yang kasihan melihat suaminya kerap menjadi 'mangsa'.

Iklan

Perlu Ke Sampai Tidur Bilik Asing?

Disebabkan perkara itu sudah kerap kali berulang, Lizzy sempat terfikir sama ada penyelesaian terbaik bagi mereka berdua adalah dengan tidur di bilik berasingan. Idea itu timbul semata-mata demi memastikan suaminya dapat berehat dengan tenang tanpa gangguan.

Kerap 'Pukul' Suami Waktu Tidur, Elizabeth Tan Buntu Fikir Nak Asing Bilik

Bagaimanapun, Lizzy mengakui keadaan tersebut agak melucukan walaupun pada masa yang sama ia merupakan satu masalah sebenar yang perlu dihadapi oleh mereka.

"Ini betul-betul masalah kena tidur bilik asing ke? Kesian Jim hahah ia bukan sesuatu yang kelakar tapi ia sedikit kelakar," tambahnya lagi.

Iklan

Minta Pendapat Pasangan Lain

Tidak mahu berasa keseorangan menghadapi situasi janggal ini, Lizzy turut bertanyakan kepada para pengikutnya di media sosial. Dia ingin tahu sama ada ada pasangan suami isteri lain yang pernah berdepan perkara serupa sepanjang berkahwin.

"Ada tak pasangan yang dah kahwin pernah berhadapan dengan masalah ini? Kenapa saya macam ini hahah," tulisnya lagi secara berseloroh.

Perkongsian santai dan jujur daripada Lizzy ini menarik perhatian ramai kerana jarang sekali selebriti berkongsi tabiat tidur mereka secara terbuka. Dalam dunia perubatan, pergerakan luar kawalan ketika tidur sebenarnya boleh berlaku atas pelbagai faktor termasuk keletihan melampau, mimpi cemas, atau tindak balas saraf badan.

Iklan

Diharapkan Lizzy dan suaminya dapat mencari jalan keluar yang terbaik tanpa perlu berpisah bilik tidur. Mungkin meletakkan bantal peluk yang besar di tengah-tengah katil sudah memadai sebagai 'penghadang' daripada terkena pukulan percuma!

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan