Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Kecoh Isu Rumah Ibadat Di Serendah, MAIS Buka Mulut Dedah Status Tanah Sebenar

MAIS menafikan tanah yang dikaitkan dengan isu pembinaan rumah ibadat di Mukim Serendah adalah milik mereka, sebaliknya mengesahkan ia milik kerajaan Selangor.

Kecoh Isu Rumah Ibadat Di Serendah, MAIS Buka Mulut Dedah Status Tanah Sebenar
Gambar: ohmymedia.cc

Bila sebut fasal isu tanah dan rumah ibadat, ia memang topik yang cukup sensitif dan cepat menarik perhatian ramai di media sosial. Silap haribulan, maklumat yang belum sahih boleh mencetuskan salah faham besar antara masyarakat.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial Facebook yang mendakwa kononnya wujud pembinaan sebuah rumah ibadat bukan Islam secara haram di atas tanah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Mukim Serendah, Hulu Selangor.

Iklan

Bukan Tanah MAIS, Tapi Milik Kerajaan Negeri

Bagi mengelakkan spekulasi terus berlarutan, pihak MAIS tampil membuat penjelasan terbuka. Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini menegaskan bahawa tanah berkenaan sama sekali bukan milik institusi agama tersebut.

Menurut beliau, kepastian itu diperoleh selepas pihaknya menjalankan semakan terperinci bersama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor sejurus dakwaan itu mula kecoh diperkatakan.

Hasil semakan rasmi mendapati status tapak terbabit sebenarnya adalah milik penuh kerajaan negeri Selangor, bukannya berada di bawah pegangan MAIS seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Iklan

Tindakan Sedang Diambil, Henti Sebar Fitnah

Mohd Sabirin turut berkongsi bahawa MAIS telah dimaklumkan bahawa kerajaan negeri kini sedang giat mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan kemelut yang timbul berhubung kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat yang belum dipastikan kesahihannya. Tabiat menularkan perkara yang tidak tepat dibimbangi bukan saja mengelirukan orang ramai, malah boleh mencetuskan tohmahan tidak berasas terhadap institusi Islam.

Dalam masa yang sama, pihak MAIS sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat rasmi jika mengesan sebarang pencerobohan tanah yang benar-benar milik atau di bawah pengurusan mereka.

Sumber: ohmymedia.cc

Iklan

Baca juga

Iklan