Siakap KeliLive · Auto-update
Gaya Hidup

Dinding Luar Rumah Penuh Jalur Hitam Lepas Hujan? Ini Cara Mudah Selesaikannya

Sakit mata tengok dinding luar rumah mula bercapuk hitam selepas hujan? Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan pemilihan cat dan persediaan yang betul.

Dinding Luar Rumah Penuh Jalur Hitam Lepas Hujan? Ini Cara Mudah Selesaikannya
Gambar: OH! Media

Pernah tak korang perasan, rumah yang baru dicat setahun dua tiba-tiba mula nampak kusam? Paling geram bila bahagian bawah bumbung, ambang tingkap atau pagar luar timbul tompok dan jalur hitam meleleh selepas musim hujan.

Masalah ini sebenarnya berpunca daripada habuk dan pencemaran udara yang melekat pada permukaan dinding. Apabila terkena titisan air hujan, kotoran itu mengalir dan meninggalkan sisa hitam yang sukar hilang jika dibiarkan terlalu lama.

Iklan

Bukan Sekadar Warna, Ketahanan Kotoran Paling Penting

Bagi pemilik kediaman yang mahu dinding luar kekal bersih, Nippon Paint memperkenalkan Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt di bawah kategori Ultra Premium Exterior. Cat ini hadir dengan 5X POWER Anti-Dirt Formulation yang menggabungkan dua polimer khusus iaitu UV-Engineered Polymer dan Dirt Repel Polymer.

Gabungan teknologi ini membantu permukaan dinding menahan kotoran sehingga lima kali lebih baik berbanding cat luaran biasa. Hasilnya, habuk dan bendasing sukar untuk melekat kuat pada permukaan cat.

Biar Hujan Bersihkan Dinding Secara Semula Jadi

Menariknya, cat ini mempunyai mekanisme pembersihan kendiri. Apabila hujan turun, polimer penolak kotoran akan bertindak balas dan membenarkan air hujan membilas debu serta habuk yang terkumpul sebelum ia sempat mengering menjadi kerak kotoran.

Iklan

Mekanisme ini sangat membantu untuk kawasan dinding yang sukar dicuci secara manual, terutamanya pada bahagian fasad yang tinggi dan cucur atap.

Kalis Cuaca Tropika Sehingga 15 Tahun

Cuaca di Malaysia memang mencabar dengan panas terik dan hujan lebat silih berganti. Tanpa perlindungan yang betul, cat mudah mengapur atau pudar. Beberapa teknologi turut dimuatkan ke dalam produk ini untuk menangani masalah tersebut:

  • Quartz Technology: Meningkatkan ketahanan terhadap cuaca ekstrem dan hujan berasid.
  • Sunblock & Colour Care: Memantulkan haba dan memberi perlindungan UV agar rona warna tidak cepat pudar.
  • Microblock & Keep Clean: Melindungi dinding daripada kulat, alga, serta kesan tompok garam putih simen.

Produk ini telah melalui pelbagai ujian piawaian industri seperti SS 678:2021 dan ASTM G154-23, sekali gus menawarkan tempoh perlindungan luaran sehingga 15 tahun bergantung kepada persekitaran dan penjagaan.

Iklan

Langkah Asas Sebelum Mula Mengecat

Kualiti cat yang hebat tetap memerlukan asas permukaan yang kemas. Sebelum mengecat, pastikan dinding dibersihkan daripada kulat serta kotoran lama dan sebarang rekahan simen dibaiki terlebih dahulu.

Pastikan tahap kelembapan dinding berada di bawah 16 peratus sebelum memulakan sapuan. Gunakan satu lapisan Nippon Paint 8100 Weatherbond® Sealer sebagai lapisan asas, disusuli dua lapisan Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt untuk hasil perlindungan yang maksimum.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan