Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Kecoh Dakwaan Wakil Najib Bayar Denda RM50 Juta, Rosmah Tampil Buka Mulut

Rosmah Mansor akui langsung tidak tahu mengenai dakwaan denda RM50 juta suaminya sudah dibayar di mahkamah, malah keluarga pun tidak dimaklumkan.

Kecoh Dakwaan Wakil Najib Bayar Denda RM50 Juta, Rosmah Tampil Buka Mulut
Gambar: OH! Media

Hangat di media sosial hari ini apabila timbul khabar angin kononnya ada pihak mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi melunaskan denda RM50 juta. Khabar angin ini pantas mencuri tumpuan ramai memandangkan isu pembebasan bersyarat dan tahanan rumah beliau sentiasa menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia.

Namun begitu, perkara ini rupa-rupanya langsung tidak diketahui oleh isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ketika ditemui pemberita, Rosmah mengakui dirinya amat terkejut dan menegaskan tiada sebarang maklumat rasmi sampai ke pengetahuannya mengenai perkara tersebut.

Iklan

Keluarga Pun Langsung Tidak Tahu

Rosmah mendedahkan bukan sahaja dirinya yang tidak maklum tentang bayaran itu, malah ahli keluarga yang lain juga tidak mengetahui apa-apa mengenainya. Dengan nada berseloroh tetapi tegas, beliau memberitahu pihak media bahawa sepatutnya mereka yang berkongsi maklumat tersebut kepadanya terlebih dahulu.

ohmedia rosmah mansor

Ketika disapa di mahkamah, Rosmah turut ditunjukkan satu tangkap layar laporan berita yang mendakwa ada dua individu, dipercayai wakil kepada Najib, dilihat beredar dari kaunter pembayaran mahkamah selepas membuat urusan.

Melihat perkara tersebut, Rosmah meminta semua pihak agar menyemak dan mengesahkan kesahihan berita itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan awal. Beliau mengingatkan bahawa jika laporan itu tidak tepat, akhirnya pihak yang menyiarkan berita tersebut terpaksa menariknya balik kelak.

Iklan

Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi pada hari berkenaan bagi urusan prosiding pengurusan kes berkaitan projek solar hibrid yang dihadapinya, diiringi peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

Syarat RM50 Juta Untuk Tahanan Rumah

Bagi yang mengikuti perkembangan kes ini, bayaran RM50 juta itu adalah syarat penting yang berkait rapat dengan nasib bekas perdana menteri berkenaan. Pada 18 September lalu, dilaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib.

ohmedia najib razak

Ketetapan itu membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028. Pun begitu, perintah tersebut disertakan dengan syarat utama di mana Najib wajib menyelesaikan bayaran denda RM50 juta berkenaan.

Iklan

Isu wang denda ini sebelum ini menjadi tanda tanya besar. Pada 25 September lalu, peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah secara terbuka memaklumkan bahawa Najib tidak mempunyai jumlah wang sebanyak RM50 juta itu memandangkan aset peribadi beliau dan keluarga masih dibekukan oleh pihak berkuasa.

Disebabkan kekangan kewangan tersebut, pihak UMNO sebelum ini turut melancarkan kempen 'Tabung Solidariti Najib Razak' bagi mengumpul dana yang diperlukan. Oleh sebab itulah, apabila muncul dakwaan kononnya bayaran itu sudah selesai dilakukan secara senyap-senyap di kaunter mahkamah, ramai yang tertanya-tanya sehingga mengundang reaksi spontan daripada Rosmah sendiri.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan