Isu Restoran Belum Selesai, 'Akak Baju Merah' Nekad Hantar LOD Kepada Netizen & Artis
Farah Fatini tetap dengan pendirian mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melemparkan tohmahan melulu sehingga menjejaskan reputasinya.

Isu panas yang membabitkan insiden di sebuah restoran di The Curve, Mutiara Damansara nampaknya masih belum menemui titik noktah. Individu yang terpalit dalam kontroversi berkenaan, Farah Fatini, tampil menegaskan bahawa dia tidak akan berundur dan tetap dengan keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang.
Wanita yang sebelum ini menjadi sasaran kemarahan netizen selepas video membabitkan keluarga anak autisme tular itu memaklumkan, dia kini dalam proses menghantar surat tuntutan (LOD) kepada beberapa pihak yang didakwa memfitnah dirinya secara melulu.
LOD Untuk Pengguna Media Sosial Dan Golongan Artis
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya, Farah meluahkan rasa terkilan kerana kecaman yang diterima telah mencalarkan maruah serta reputasi peribadinya. Lebih menyedihkan, ada antara individu dan selebriti yang sering diikutinya di media sosial turut sama menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
Menurut Farah, dia bukan berniat untuk mencari publisiti murahan atau menagih simpati ramai. Sebagai seorang yang bukan pempengaruh dan hanya orang biasa yang jarang aktif di media sosial, langkah undang-undang ini diambil semata-mata demi membersihkan namanya.
Berbekalkan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pengurusan sumber manusia (HR), Farah menegaskan setiap tindakan yang diambilnya berlandaskan bukti kukuh dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
Kenapa Rakaman CCTV Tidak Didedahkan?
Menjawab tanda tanya orang ramai mengenai bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran tersebut, Farah menjelaskan bahawa video itu tidak boleh sewenang-wenangnya disebarkan kepada tatapan umum.
Hal ini kerana ia terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Justeru, dia memilih untuk menyerahkan segala bahan bukti berkenaan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus.
Dalam masa yang sama, Farah turut menzahirkan rasa terima kasih kepada suami, ahli keluarga dan rakan sekerja yang berada di tempat kejadian dan sedia menjadi saksi bagi pihak dirinya.
Tolak Ajakan Berbincang, Serah Pada Undang-Undang
Farah mendedahkan bahawa dia ada menerima mesej peribadi daripada anak kepada individu terbabit yang berhasrat untuk mengadakan perbincangan. Namun begitu, dia memilih untuk kekal dengan pendirian asalnya.
Baginya, nasi sudah menjadi bubur dan kesan tohmahan yang diterima memberi impak yang sangat besar terhadap dirinya serta syarikat.
Sebelum ini, dunia maya kecoh apabila bekas komposer, Iman Wan Tuck memuat naik video mendakwa keluarganya dihalang menikmati makanan di bahagian restoran yang telah ditempah. Farah bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan keluarga terbabit sebenarnya dibenarkan makan dengan syarat beredar sebelum majlis peribadi mereka bermula pada jam 7 malam.
Pihak pengurusan restoran Macha & Co juga sebelum ini telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafan serta salah faham yang timbul antara kedua-dua pihak.
Sumber: ohmymedia.cc
Baca juga

4 Bulan Derita Tak Boleh Tidur, Kak KM Dedah Kena Sihir Sampai Kedai Penuh Langau
Kak KM mendedahkan dirinya derita akibat gangguan sihir selama berbulan-bulan hingga menjejaskan kesihatan diri dan premis perniagaannya.

Gayat Tapi Nekad, Gadis Rakam Foto Pra Konvo Di Puncak Menara Kuantan 188
Demi memori tamat belajar, seorang graduan UiTM nekad bergambar di puncak Menara Kuantan 188 walaupun sebenarnya takut tempat tinggi.

Raih 2 Juta Undi, Adam Shamil Belanja RM100,000 Duit Sendiri Tunai 6 Janji
Selepas dinobatkan Creator of the Year di TikTok Awards, pempengaruh Adam Shamil tunaikan enam janji bernilai RM100,000 duit poket sendiri demi bantu masyarakat.