HPTN 2026 Bakal Gegar Sarawak, Buka Mata Ramai Tentang Kerjaya Teknikal & AI
HPTN kembali untuk edisi ketiga dan kali ini Sarawak dipilih jadi tuan rumah. Ketahui bagaimana bidang teknikal kini dipacu oleh teknologi canggih dan AI.

Bila sebut fasal kerja teknikal, mesti ramai yang automatik terbayang topi keselamatan, seluar jean berhabuk dan suasana bising di tapak binaan. Sebenarnya tanggapan macam itu sudah agak ketinggalan zaman. Dunia teknikal sekarang sudah berkembang jauh lebih canggih dan memainkan peranan besar dalam mencorakkan masa depan negara kita.
Untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan besar tenaga pakar dalam industri ini, Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 bakal kembali menemui orang ramai bagi edisi ketiganya.
Sarawak Dipilih Jadi Tuan Rumah Buat Kali Pertama
Menariknya untuk edisi kali ini, sambutan HPTN diperluaskan ke bumi Kenyalang. Sarawak secara rasminya dipilih sebagai tuan rumah bagi acara berprestij ini, menjadikannya satu anjakan baharu dalam penganjuran program berskala besar di luar Semenanjung.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2026 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Dengan membawa tema "Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian", sambutan ini memberi tumpuan kepada bagaimana kepakaran teknikal boleh terus menjadi tonggak penting dalam menjayakan pembangunan mampan di Malaysia.
Bukan Sekadar Kemahiran Konvensional, AI Turut Ambil Peranan
Arus pemodenan menuntut perubahan yang pantas. Menerusi HPTN 2026, peranan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), kreativiti serta inovasi diketengahkan sebagai instrumen penting untuk memacu keupayaan sektor ini.
Langkah ini membuktikan bahawa bidang teknikal tidak lagi terhad kepada kemahiran manual semata-mata, sebaliknya sentiasa berevolusi mengikut peredaran teknologi global demi melonjakkan produktiviti dan daya saing negara.

Peluang Terbaik Untuk Generasi Muda Kenali Dunia Teknikal
Bagi anak muda atau lepasan sekolah yang sedang berkira-kira memilih laluan kerjaya, sambutan ini adalah ruang terbaik untuk membuka minda. Anda boleh melihat sendiri bagaimana teknologi dan inovasi bergabung membentuk peluang pekerjaan yang bernilai tinggi.
Banyak pengisian menarik yang disediakan sepanjang dua hari acara berlangsung, antaranya:

- Persidangan dan seminar teknikal bersama pakar industri
- Sesi perkongsian ilmu yang bermanfaat
- Pameran kerjaya untuk panduan masa depan
- Pelbagai aktiviti interaktif yang mencabar kreativiti
Gabungan Agensi Kerajaan, Universiti dan Industri
HPTN 2026 turut menjadi medan pertemuan strategik yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuklah agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi (IPT) dan para pemain industri.
Pertemuan ini bukan sahaja memudahkan pertukaran idea dan kepakaran, malah mengukuhkan lagi kerjasama merentas sektor demi memastikan ekosistem teknikal negara terus kukuh.
Untuk anda yang berminat menyertai atau ingin mendapatkan perincian lanjut mengenai program ini, layari laman sesawang rasmi di hptn.jkr.gov.my.
Sumber: OH! Media
Baca juga

Niat Beli Gelaran 'Datuk' RM300,000, Ahli Perniagaan Rugi RM80,000 Ditipu Scammer
Seorang ahli perniagaan warga Singapura berputih mata selepas wang RM80,000 lebur akibat ditipu sindiket jual beli gelaran 'Datuk' palsu.

Video Saifuddin Kahwinkan Pasangan Bukan Islam Tular Semula, JPN Tampil Jelaskan
Video lama Saifuddin Nasution mengupacarakan perkahwinan sivil tular kembali. JPN gesa henti sebar klip tanpa konteks sebenar.

Ucapan Parlimen Disunting Luar Konteks, Fadhlina Ambil Tindakan Undang-Undang
Fadhlina Sidek arah peguam hantar notis tuntutan susulan video ucapan lamanya disunting dan dikaitkan dengan isu keselamatan murid.