Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Gelar Peniaga Kecil Wira Rakyat, PM Anwar Umum Dana RM1 Juta & Pantau Pendapatan

PM Anwar Ibrahim mengumumkan dana RM1 juta untuk persatuan penjaja kecil dan menegaskan bantuan perlu dinilai menerusi peningkatan pendapatan sebenar mereka.

Gelar Peniaga Kecil Wira Rakyat, PM Anwar Umum Dana RM1 Juta & Pantau Pendapatan
Gambar: ohmymedia.cc

Bila sebut fasal sarapan atau makan tengah hari, kebanyakan daripada kita memang tak boleh lari daripada singgah di warung atau gerai tepi jalan. Selain hidangannya kena dengan selera dan poket rakyat, di situlah sebenarnya denyut nadi ekonomi harian masyarakat berputar.

Perkara ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan golongan penjaja dan peniaga kecil sebagai ‘wira rakyat’. Walaupun hanya berniaga secara sederhana di bawah payung atau gerai kayu, peranan mereka dalam memangkin ekonomi negara sebenarnya sangat luar biasa.

Iklan

Majoriti Rakyat Bergantung Pada Gerai dan Warung

Menurut Anwar, dianggarkan sekitar 80 hingga 85 peratus rakyat Malaysia memilih untuk menjamu selera di warung dan gerai makan. Angka yang besar ini membuktikan sektor peniaga kecil bukan sekadar tempat mencari makan, malah menjadi tunjang penting kepada kehidupan seharian rakyat.

Anwar berkata peruntukan itu perlu disalurkan secara terancang bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati persatuan penjaja dan peniaga kecil secara m

Beliau turut berkongsi rutin mingguannya yang sering meluangkan masa makan tengah hari di warung setiap hari Jumaat, sama ada sebelum atau selepas menunaikan solat. Langkah itu diambil bagi menzahirkan sokongan moral secara terus kepada peniaga kecil yang gigih berniaga demi sesuap nasi.

Peniaga kecil ini bukan pemilik syarikat gergasi dan tidak memegang gelaran Datuk atau Tan Sri. Namun, kegigihan mereka menyara anak isteri sambil menggerakkan aktiviti jual beli di peringkat komuniti meletakkan mereka sebagai wira yang patut dibanggakan.

Iklan

Dana RM1 Juta dan Penilaian Pendapatan

Bagi membuktikan komitmen kerajaan, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sewaktu merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan di Dataran MPKj, Stadium Kajang. Dana ini disalurkan khas buat persatuan penjaja serta peniaga kecil di peringkat kebangsaan dan negeri.

Namun, Anwar memberi peringatan penting mengenai penyaluran dana berkenaan. Beliau menegaskan bahawa keberkesanan sesuatu bantuan tidak boleh dinilai semata-mata pada jumlah duit yang keluar, sebaliknya perlu dilihat pada perubahan sebenar taraf hidup peniaga.

Gelar Peniaga Kecil Wira Rakyat, PM Anwar Umum Dana RM1 Juta & Pantau Pendapatan

Justeru, beliau meminta Menterinya, Steven Sim Chee Keong supaya menyemak dan membandingkan purata pendapatan peniaga sepanjang tiga tahun lalu dengan pencapaian tahun semasa. Melalui perbandingan itu, kerajaan dapat mengenal pasti kelemahan yang ada dan menilai sama ada bantuan tersebut benar-benar membuahkan hasil.

Iklan

Kesan Langsung Kepada Satu Juta Keluarga

Inisiatif ini bukan perkara kecil kerana sokongan terhadap sektor berkenaan dijangka dapat memberi manfaat secara langsung kepada hampir satu juta keluarga di seluruh Malaysia.

Selain sokongan dana dan semakan pendapatan, kerajaan juga menumpukan usaha untuk menaik taraf fasiliti warung serta gerai agar lebih teratur, bersih dan selesa. Kawasan perniagaan yang menarik bukan sahaja memberi keselesaan kepada pelanggan, malah membantu peniaga menambah rezeki mereka dalam jangka masa panjang.

Sumber: ohmymedia.cc

Iklan

Baca juga

Iklan