Siakap KeliLive · Auto-update
Artis

Duit Tinggal RM30,000, Wawa Zainal Dedah Dugaan Awal Kahwin Bersama Aeril

Wawa Zainal berkongsi kisah jerit perih awal perkahwinan bersama Aeril Zafrel kira-kira 14 tahun lalu, termasuk cabaran wang simpanan yang semakin menyusut.

Duit Tinggal RM30,000, Wawa Zainal Dedah Dugaan Awal Kahwin Bersama Aeril
Gambar: rotikaya

Kalau melihat kehidupan pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sekarang, ramai yang mengagumi kejayaan empayar perniagaan serta keharmonian keluarga mereka. Namun, di sebalik kesenangan yang dinikmati hari ini, tersimpan satu kisah jerit perih yang pernah mereka lalui bersama pada fasa awal mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu perkongsian dalam sebuah sesi podcast baru-baru ini, Wawa membuka cerita mengenai detik sukar kira-kira 14 tahun lalu. Waktu itu, mereka baru saja bergelar ibu bapa selepas menimang cahaya mata pertama, dan realiti hidup berkeluarga mula terasa mencabar.

Iklan

Simpanan Cuma RM30,000 Untuk Bertahan

Menurut Wawa, dia masih ingat lagi ketika itu baki wang di dalam akaun bank Aeril cuma tinggal sekitar RM30,000 sahaja. Walaupun jumlah itu mungkin nampak lumayan bagi sesetengah orang, hakikatnya bagi seorang penggiat seni yang bergantung kepada tawaran kerja tidak menentu, jumlah tersebut amat membimbangkan.

Lebih-lebih lagi, mereka baru mempunyai bayi kecil yang memerlukan banyak perbelanjaan harian. Pada waktu tersebut, Wawa tidak bekerja dan tanggungjawab mencari rezeki terletak sepenuhnya di bahu Aeril seorang. Demi memastikan duit simpanan itu bertahan lama, mereka berdua terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat dalam urusan makan minum.

Rasa Bersalah Mahu Minta Keperluan Diri

Seperti wanita lain, Wawa mengakui dia tetap mempunyai naluri untuk membeli barangan peribadi seperti produk penjagaan kulit dan alat solek. Namun, melihat suaminya yang bersusah payah mencari nafkah dengan simpanan yang cukup-cukup makan membuatkan dirinya dihantui rasa bersalah setiap kali mahu meminta.

Iklan

Tekanan hidup dan masalah kewangan ini akhirnya mula memberi kesan kepada hubungan mereka. Wawa mendedahkan bahawa perselisihan faham kerap berlaku dalam rumah tangga disebabkan bebanan fikiran dan rasa tertekan dengan keadaan yang serba menghimpit ketika itu.

Emosi Usia 20 Tahun Dan Kesabaran Suami

Mengimbas kembali waktu tersebut, Wawa yang ketika itu baru berusia 20 tahun mengakui emosinya masih belum stabil sepenuhnya. Sikapnya yang mudah melenting diibaratkan seperti 'harimau' setiap kali berlaku pertelingkahan antara mereka berdua.

Bagaimanapun, Wawa meluahkan rasa syukur kerana Aeril memiliki perwatakan yang sangat tenang dan penyabar dalam melayan karenahnya. Sikap suaminya yang tidak cepat melatah berjaya meredakan ketegangan setiap kali perbalahan timbul.

Iklan

Di samping sifat sabar Aeril, kehadiran anak sulung mereka menjadi sumber kekuatan utama untuk pasangan ini terus bertahan dan tidak berputus asa. Fasa sukar tersebut akhirnya menjadi pengalaman berharga yang mematangkan mereka berdua sehingga berjaya mengubah nasib kehidupan seperti yang dilihat hari ini.

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan