Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Dituduh Tak Dijemput Kenduri Bella & Syed Saddiq, Pak Nil Dedah Puncanya

Pak Nil leraikan tanda tanya netizen kenapa tak hadir majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq, rupa-rupanya dah dipelawa lebih awal.

Dituduh Tak Dijemput Kenduri Bella & Syed Saddiq, Pak Nil Dedah Puncanya
Gambar: OH! Media

Majlis perkahwinan antara penyanyi Bella Astillah dan ahli politik Syed Saddiq baru-baru ini sememangnya menjadi tumpuan ramai. Di sebalik kemeriahan hari bahagia pasangan tersebut, timbul pula mata-mata tajam dalam kalangan netizen yang sibuk menyemak senarai tetamu yang hadir.

Antara yang menjadi bualan hangat di media sosial adalah kelibat personaliti televisyen tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil. Disebabkan kelibatnya tidak kelihatan sepanjang majlis berlangsung, ada individu di aplikasi Threads mula membuat andaian liar kononnya pengacara veteran itu tidak dijemput langsung oleh pasangan pengantin.

Iklan

Sudah Dijemput Awal, Siap Ditawar Jadi Pengacara Majlis

Tidak mahu perkara itu terus menjadi salah faham, Pak Nil akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, tanggapan kononnya dia dipinggirkan adalah sama sekali tidak benar. Sebaliknya, pihak pengantin sudah pun menghubunginya jauh lebih awal.

ohmedia pak nil

Pak Nil mendedahkan bahawa wakil Syed Saddiq sebenarnya telah menyampaikan jemputan tersebut sebelum tarikh pernikahan mereka diumumkan kepada orang ramai lagi. Bukan sekadar jemputan hadir makan kenduri, malah dia turut dipancing untuk menggalas tanggungjawab besar sebagai pengacara majlis.

Namun begitu, faktor jadual kerja yang bertindih memaksa Pak Nil menolak tawaran berkenaan. Beliau mengakui berasa agak ralat dan terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan itu disebabkan sudah terikat dengan komitmen dan majlis peribadi lain pada hari yang sama.

Iklan

"Pengantin Tak Buka Mulut, Yang Tiada Kaitan Kenapa Sibuk?"

Dalam masa yang sama, pengacara berpengalaman ini turut meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang terlalu sibuk mempersoalkan kehadiran tetamu. Baginya, setiap orang mempunyai urusan serta kekangan masa yang berbeza-beza.

syed saddiq bella astillah

Pak Nil turut menegur pihak luar yang disifatkan lebih sudu daripada kuah. Katanya, pihak pengantin dan keluarga kedua-dua belah pihak langsung tidak memperbesarkan perkara itu, jadi agak pelik apabila orang yang tiada kena-mengena pula yang berlebih-lebih membuat spekulasi di alam maya.

Tambahnya lagi, masyarakat sewajarnya memanfaatkan ruang yang ada untuk mendoakan kebaikan serta kebahagiaan mahligai yang baru dibina oleh pasangan tersebut, bukannya mencari salah atau menyiasat siapa yang datang dan siapa yang tidak.

Iklan

Sikap segelintir netizen yang suka menjaga tepi kain orang ini jelas tidak memberi sebarang manfaat. Ketiadaan seseorang di majlis perkahwinan rakan tidak bermakna hubungan mereka bermasalah, kerana kehidupan sebagai orang dewasa sememangnya sarat dengan pelbagai komitmen kerja yang tidak boleh ditinggalkan sesuka hati.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan