Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Beli Tilapia RM100 Seekor, Rakan Minta Infak Semula Buat Penduduk Merlimau

Rakan dan orang ramai bantu beli tilapia Dr Akmal Saleh pada harga RM100 seekor demi ringankan bayaran ganti rugi saman, namun minta disedekahkan semula kepada orang susah.

Beli Tilapia RM100 Seekor, Rakan Minta Infak Semula Buat Penduduk Merlimau
Gambar: ohmymedia.cc

Bila kawan dalam kesusahan, di situlah kita dapat melihat siapa yang benar-benar ada di sisi. Situasi ini dialami sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang baru-baru ini berusaha mencari dana bagi menyelesaikan bayaran ganti rugi mahkamah.

Dr Akmal sebelum ini mengambil keputusan melelong ikan tilapia hasil ternakannya sendiri bersama sebuah motosikal jenis Honda X-ADV miliknya. Usaha itu dibuat bagi mengumpul wang selepas simpanan peribadinya masih belum mencukupi untuk menampung jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

Iklan

Beli harga tinggi, minta sedekah kepada orang susah

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sokongan luar biasa daripada kenalan dan orang awam. Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, beberapa individu sanggup membeli ikan tilapia berkenaan pada harga RM100 seekor, jauh melebihi harga pasaran biasa.

Lebih menyentuh hati, pembeli-pembeli tersebut tidak meminta ikan itu dihantar kepada mereka. Sebaliknya, mereka bersepakat meminta supaya ikan ternakan itu disedekahkan atau diinfakkan terus kepada golongan yang memerlukan di sekitar Merlimau.

Dr Akmal turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan bersama kenalannya yang menunjukkan niat murni mereka untuk membantu meringankan bebannya sambil beramal jariah kepada komuniti setempat.

Iklan

Pilih jual aset sendiri berbanding buka tabung

Melihat kesungguhan itu, Dr Akmal meluahkan rasa terharu dan amat berterima kasih atas kebaikan yang ditunjukkan oleh semua pihak yang sudi menghulurkan tangan ketika beliau berdepan ujian kewangan ini.

Beliau mengakui ramai pihak sebelum ini mencadangkan agar tabung sumbangan kilat dibuka untuk membantunya mengumpul dana. Bagaimanapun, beliau memilih untuk berusaha sendiri terlebih dahulu dengan menjual aset peribadi yang ada dalam tangannya.

Langkah itu diambil kerana beliau sedar tanggungjawab melunaskan bayaran tersebut terletak di bahunya sendiri sebelum meminta pertolongan orang ramai secara meluas.

Iklan

Latar belakang kes saman RM300,000

Untuk rekod, tindakan Dr Akmal menjual aset miliknya bermula selepas Mahkamah memerintahkan beliau membayar ganti rugi dan kos keseluruhan berjumlah RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Keputusan tersebut dibuat pada Isnin lalu berhubung kes saman fitnah yang difailkan oleh Teresa Kok terhadap beliau pada tahun 2024. Walaupun jumlah itu cukup besar, sokongan moral dan bantuan kreatif daripada rakan-rakan sedikit sebanyak memberi kelegaan buat beliau.

Sumber: ohmymedia.cc

Iklan

Baca juga

Iklan