Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Wanita Tarik Tengkuk Bella Astillah: Keluarga Mohon Maaf, Ini Respon Tuan Badan

Keluarga wanita yang tular menarik leher Bella Astillah di Muar tampil memohon maaf secara terbuka menerusi corong radio.

Wanita Tarik Tengkuk Bella Astillah: Keluarga Mohon Maaf, Ini Respon Tuan Badan
Gambar: Harian Metro

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai rakaman seorang wanita yang tiba-tiba menarik leher serta mencium pipi Bella Astillah ketika majlis persandingannya di Muar, Johor. Tindakan mengejut itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bimbang akan keselamatan selebriti terbabit.

Terbaharu, pihak keluarga wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas insiden yang berlaku di luar jangkaan itu. Permohonan maaf tersebut disuarakan oleh menantu wanita terbabit menerusi panggilan telefon dalam segmen 3 Pagi ERA.

Iklan

Puas Cuba DM Tapi Tiada Respons

Menurut individu berkenaan, tindakan ibu mentuanya itu didorong oleh rasa terlalu teruja apabila dapat bertemu dengan artis kegemaran secara dekat. Mereka sekeluarga sedar perbuatan itu mencetuskan kekecohan dan berasa bersalah atas apa yang terjadi.

Menantunya turut menjelaskan bahawa pihak keluarga sudah cuba menghantar mesej peribadi melalui Instagram Bella untuk meminta maaf. Namun, disebabkan mesej tidak berbalas, dia terus merebut peluang menelefon stesen radio apabila mengetahui Bella berada di udara.

Bella Tenang, Tiada Kecederaan

Mendengar penjelasan itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, menunjukkan sikap profesional dan sangat berlapang dada. Dia mengakui langsung tidak berkecil hati dengan insiden spontan tersebut.

Iklan

Bella mengesahkan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan fizikal. Penyanyi ini juga memohon maaf sekiranya wanita berkenaan berasa terguris hati dengan kecaman sesetengah peminat yang mungkin terlalu risaukan keadaannya.

Menghargai usaha keluarga itu yang bersungguh-sungguh menghubunginya, Bella sempat mengirimkan salam buat ibu mentua pemanggil dan berharap mereka berpeluang bersua muka lagi pada masa akan datang.

Kenduri Rakyat Meriah Cecah 10,000 Tetamu

Kejadian tersebut tercetus ketika Bella dan suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, sedang mesra menyantuni ribuan tetamu di Yong Sheng Banquet Hall, Jalan Bakri pada Ahad lalu.

Iklan

Majlis Kenduri Rakyat itu berlangsung dengan sangat meriah dan dihadiri lebih 10,000 orang, menyebabkan suasana di dewan menjadi cukup padat dengan peminat yang teruja mahu merakam kenangan bersama pasangan pengantin.

Bella dan Syed Saddiq terdahulu bernikah secara tertutup pada 10 Oktober, disusuli majlis resepsi di MITEC, Kuala Lumpur pada 18 Oktober. Pasangan merpati dua sejoli ini dijadualkan meneruskan keraian hari bahagia mereka menerusi satu lagi kenduri rakyat di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Sumber: Harian Metro

Iklan

Baca juga

Iklan