Trailer KUDRAT 1968 Ada Dua Versi ‘Ending’, Peminat Mula Syak Bakal Ada Plot Twist
Peminat kecoh apabila trailer KUDRAT 1968 paparkan pengakhiran dan suara berbeza di TikTok serta YouTube. Ada dua jalan cerita ke nanti?

Bercakap mengenai dunia High Council, naskhah ini memang sentiasa berjaya mencuri tumpuan ramai. Terbaru, kehangatan filem prekuel terbitan Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council kian membara apabila sedutan trailer rasminya mula dikongsi di media sosial.
Hanya dalam tempoh sehari selepas dimuat naik, trailer berkenaan berjaya meraih lebih 200,000 tontonan. Angka tersebut jelas membuktikan peminat setia sudah tidak sabar untuk menyaksikan kesinambungan kisah watak-watak kegemaran mereka.
Dua Platform Papar Babak Berbeza
Mata helang peminat tempatan nampaknya memang sukar ditipu. Satu perkongsian yang tular di aplikasi Threads membongkar perkara mengejutkan apabila trailer yang dikongsikan di TikTok dan YouTube rupanya tidak sama.
Pengguna media sosial mula menyedari terdapat perbezaan ketara pada bahagian penutup video di kedua-dua platform tersebut. Bukan sahaja babak akhirnya berlainan, malah lontaran suara yang diperdengarkan juga menampilkan perbezaan yang cukup ketara sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Peminat Mula Bau Trik Plot Twist
Situasi pelik ini membuatkan ramai mula membuat spekulasi liar mengenai apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh pihak produksi. Ada peminat menjangka karya arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff ini berkemungkinan besar akan ditayangkan dengan dua versi pengakhiran berbeza di pawagam kelak.
Tidak kurang juga yang berpendapat perbezaan itu merupakan 'petunjuk' awal bahawa jalan cerita filem ini bakal dipenuhi dengan kejutan atau plot twist yang sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan penonton. Bagaimanapun, kelainan pada trailer tersebut masih belum cukup untuk mengesahkan sama ada ia benar-benar mempunyai dua jalan cerita berbeza atau sekadar strategi promosi semata-mata.
Menyingkap Titik Mula Hierarki Rahsia
Sekadar latar belakang ringkas, filem KUDRAT 1968 ini bertindak sebagai prekuel penting yang membawa penonton menelusuri sejarah awal kemunculan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar sekolah tersebut.
Naskhah ini menjadi titik permulaan sebelum berkembangnya kisah yang pernah diperkenalkan menerusi siri popular Projek: High Council dan juga filem Kahar: Kapla High Council. Filem ini turut dibintangi barisan pelakon berbakat seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
Segala teka-teki mengenai versi pengakhiran sebenar hanya akan terjawab apabila filem ini mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.
Sumber: gempak
Baca juga

Ditegur Kurang Ilmu Tradisi Melayu, Faris Borneo Rising Tenang Buka Mulut
Faris Borneo Rising tidak ambil hati apabila ditegur warga maya mengenai pengetahuannya tentang tradisi Melayu, akui jawapannya ketika itu secara spontan.

Wajah Bella Astillah Iras TokTi? Alha Alfa Dedah Pandangan Jujur
Sering dikatakan mirip Datuk Seri Siti Nurhaliza, jurusolek Datuk Alha Alfa tampil berkongsi pandangan teliti mengenai raut wajah Bella Astillah.

"Tak Salah Jadi FOMO Asal Beri Manfaat" - Malia Baby Kongsi Sudut Pandang
Sering dikaitkan dengan sikap terikut-ikut trend, pempengaruh Malia Baby berpendapat memiliki sifat FOMO bukanlah satu kesalahan selagi ia memberi keseronokan dan kebaikan.