Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Tiga Kali Dapat Anak Lelaki, Niena Azman & Rody Kristal Bakal Timang Puteri Sulung

Selepas dikurniakan tiga anak lelaki, Niena Azman dan Rody Kristal teruja bakal menyambut kelahiran bayi perempuan pertama dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

Tiga Kali Dapat Anak Lelaki, Niena Azman & Rody Kristal Bakal Timang Puteri Sulung
Gambar: gempak

Siapa yang mengikuti pasangan serasi bekas atlet futsal negara, Niena Azman, dan gitaris kumpulan Kristal, Rody, pasti tahu betapa meriahnya rumah tangga mereka dengan telatah tiga orang hero cilik. Kali ini, suasana rumah mereka nampaknya bakal bertambah seri dengan khabar gembira yang baru sahaja dikongsikan.

Kehamilan Berbeza, 'En. Mi' Paling Teruja

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Niena meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila doktor mengesahkan jantina anak keempat dalam kandungannya. Selepas tiga kali melalui fasa melahirkan anak lelaki, doa pasangan ini untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan.

Iklan

Niena mengakui kehamilan kali ini memang terasa sangat berbeza berbanding sebelum ini. Malah dia sempat berseloroh bahawa pembawakan dirinya seolah-olah terbalik sepenuhnya, sampaikan langsung hilang minat hendak turun ke padang atau gelanggang futsal seperti kebiasaan.

Bukan Niena sahaja yang berdebar dan teruja, suaminya Rody atau mesra dipanggil 'En. Mi' rupa-rupanya menjadi individu paling gembira. Dari pagi sebelum pemeriksaan sehingga doktor mengesahkan jantina bayi perempuan, suaminya langsung tidak duduk diam dan tersenyum lebar sepanjang malam menahan rasa gembira.

Bakal Beri Pengalaman Baru Buat Keluarga

Menyedari membesarkan anak perempuan menuntut sentuhan serta pengalaman yang sedikit berbeza, Niena akui perasaan gementar tetap ada. Namun, dia bersedia menyambut kehadiran puteri sulung ini dengan penuh kasih sayang.

Iklan

Niena turut berseloroh bahawa anak perempuannya nanti pasti akan mendapat kawalan dan perlindungan tahap maksimum daripada si ayah. Maklumlah, anak perempuan pertama selepas tiga orang abang yang lasak.

Menariknya, perubahan ini rupa-rupanya sudah dihidu lebih awal oleh salah seorang anak lelakinya, Carliff. Niena memberitahu anak kecilnya itu kebelakangan ini bersikap lebih manja dan kerap meragam, seolah-olah tahu tidak lama lagi dia perlu berkongsi perhatian mommy dengan kehadiran adik baharu.

Dari Berlima Bakal Jadi Berenam

Dalam perkongsian yang sama, Niena menitipkan doa agar kandungannya yang diberi panggilan manja 'Baby D' itu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan proses kelahiran kelak dipermudahkan. Tiga abangnya juga sudah tidak sabar untuk menyambut adik perempuan mereka ke dalam keluarga.

Iklan

Untuk rekod, Niena dan Rody mendirikan rumah tangga pada 27 April 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga putera iaitu Adithya Jabbar, Barie Habibullah dan Carliff.

Keluarga yang sebelum ini berlima bakal bertambah menjadi enam orang ahli tidak lama lagi. Semoga urusan kehamilan dan proses bersalin Niena dipermudahkan sehingga hari yang dinanti-nantikan tiba.

Sumber: gempak

Iklan

Baca juga

Iklan