Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Sudah Lama 'Move On', Iqbal Zulkefli Minta Henti Kaitkan Dirinya Dengan Vida

Iqbal Zulkefli menegaskan dia sudah lama melupakan kisah lalu dan langsung tidak cemburu melihat kebahagiaan Datuk Seri Vida bersama pasangannya.

Sudah Lama 'Move On', Iqbal Zulkefli Minta Henti Kaitkan Dirinya Dengan Vida
Gambar: rotikaya

Bila nama usahawan sensasi Datuk Seri Vida menjadi topik perbualan hangat, entah kenapa nama Iqbal Zulkefli pasti akan terheret sama. Maklumlah, kisah drama antara mereka berdua sebelum ini pernah mengisi ruang gosip dunia hiburan tanah air untuk tempoh yang agak lama.

Terbaharu, Iqbal akhirnya tampil membuka mulut meminta orang ramai berhenti mengaitkan dirinya dengan bekas majikannya itu. Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Iqbal menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Iklan

Tumpang Gembira dan Langsung Tiada Perasaan Cemburu

Menurut Iqbal, dia sama sekali tidak menyimpan rasa cemburu melihat Vida yang kini dikaitkan bersama Datuk Dr. Fazley Yaakob. Sebaliknya, dia turut berasa senang hati sekiranya mereka berdua ditakdirkan bersama untuk membina kebahagiaan.

Namun, apa yang membuatkan Iqbal terpanggil untuk bersuara adalah sikap segelintir netizen yang suka membanding-bandingkan dirinya ketika mendoakan pasangan berkenaan. Dia yang sering membaca komen-komen di media sosial berharap tiada lagi pihak yang melemparkan kata-kata sindiran terhadap dirinya.

Iqbal menegaskan bahawa dia sudah bertahun-tahun move on dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Baginya, Vida mempunyai hak untuk bahagia dengan caranya tersendiri, sama seperti dirinya yang kini tenang menjalani hidup walaupun serba kekurangan.

Iklan

Jawab Isu Jemputan Kahwin Demi Adab dan Hormat

Bukan itu sahaja, Iqbal turut memberi penjelasan berhubung isu kehadirannya ke majlis perkahwinan Vida sekiranya ia berlangsung nanti. Sebelum ini, kenyataannya yang enggan hadir dipersoalkan netizen sehingga ada yang menyindir sama ada dia menerima jemputan ataupun tidak.

Iqbal menjelaskan bahawa dia sekadar menjawab soalan yang diajukan oleh pihak media kerana tidak mahu dilabel sombong sekiranya melarikan diri atau sekadar memberi jawapan 'tiada komen'. Menjawab pertanyaan pihak media secara jujur sudah menjadi prinsipnya sejak dahulu lagi.

Tambahnya, keputusan untuk tidak menjejakkan kaki ke majlis perkahwinan tersebut sebenarnya dibuat atas dasar hormat kepada semua pihak. Mengambil langkah untuk tidak hadir dirasakan jauh lebih beradab bagi mengelakkan situasi janggal serta menjaga hati pihak yang terlibat.

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan