Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

PRN Melaka: PH Pertaruh 21 Calon, Nama Azman Abidin Paling Curi Tumpuan

Pakatan Harapan umum 21 calon bagi PRN Melaka ke-16. Pencalonan Setiausaha Politik PM, Datuk Azman Abidin di DUN Paya Rumput raih perhatian ramai.

PRN Melaka: PH Pertaruh 21 Calon, Nama Azman Abidin Paling Curi Tumpuan
Gambar: OH! Media

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 nampaknya semakin terasa apabila Pakatan Harapan (PH) mengumumkan senarai 21 calon yang bakal berentap kali ini. Pengumuman rasmi dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membabitkan calon daripada PKR, DAP dan Amanah.

Jumlah 21 calon kali ini memperlihatkan pengurangan berbanding PRN Melaka pada tahun 2021 yang menyaksikan gabungan berkenaan meletakkan calon di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Iklan

Nama Azman Abidin Paling Curi Tumpuan

Antara nama yang paling mencuri perhatian ramai pemerhati politik sudah tentu Datuk Azman Abidin. Beliau yang memegang peranan sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi DUN Paya Rumput.

azman abidin

Selain beliau, DUN Klebang pula menampilkan pemimpin muda iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir. Manakala di DUN Machap Jaya, bekas wakil rakyat kawasan itu, Datuk Ginie Lim Siew Lin, sekali lagi diberi mandat untuk mewakili PKR.

Pengerusi PH Melaka yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kekal dicalonkan untuk mempertahankan kerusi tradisinya di DUN Bukit Katil.

Iklan
pakatan harapan

Peluang Tebus Prestasi PRN 2021

Bila tengok balik keputusan PRN Melaka pada November 2021, Barisan Nasional (BN) mendominasi dengan kemenangan selesa di 21 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) membawa pulang dua kerusi.

Waktu itu, PH hanya berjaya menang lima kerusi sahaja. DAP mengutip empat kerusi manakala Amanah hanya meraih satu kerusi. PKR pula tidak berjaya memenangi sebarang kerusi daripada 11 kawasan yang mereka tandingi ketika itu.

Untuk saingan kali ini, pembahagian kerusi menyaksikan PKR bertanding di sembilan kawasan, DAP dengan tujuh kerusi, manakala Amanah dipertaruhkan di lima kawasan DUN.

Iklan
prn melaka

Senarai Penuh 21 Calon PH di PRN Melaka

Bagi pengundi Melaka yang ingin tahu siapa calon PH yang bakal berkhidmat di kawasan anda, ini senarai lengkap mengikut parti komponen:

PKR (9 Kerusi)

  • Kuala Linggi: Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah
  • Tanjung Bidara: Mohd Yunazri Mustamiri
  • Rembia: Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan
  • Machap Jaya: Datuk Ginie Lim Siew Lin
  • Paya Rumput: Datuk Azman Abidin
  • Klebang: Farzana Hayani Mohd Nasir
  • Ayer Molek: Muhammad Hakimin Mokhtar
  • Rim: Esma Eazreen Husin

DAP (7 Kerusi)

  • Pengkalan Batu: Jason Tze-Xi Nathan
  • Ayer Keroh: Kerk Chee Yee
  • Kesidang: Seah Shoo Chin
  • Kota Laksamana: Low Chee Leong
  • Duyong: Poo Long Suan
  • Bandar Hilir: Leng Chau Yen
  • Gadek: Jegasilan K

Amanah (5 Kerusi)

  • Bukit Katil: Adly Zahari
  • Durian Tunggal: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
  • Telok Mas: Kapten (B) Mohamad Jaafar
  • Serkam: Muhammad Faiq Azman
  • Merlimau: Rahayu Hamzah

Gelanggang kini sudah mula dibuka, dan sudah pasti tumpuan pengundi Melaka terarah kepada calon-calon ini dalam menentukan masa depan pentadbiran negeri.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan