Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Netizen Cadang Suara Rakam Lagu Negaraku Rasmi, Siti Nurhaliza Akhirnya Beri Respon

Alunan lagu Negaraku oleh Siti Nurhaliza di MotoGP Sepang tular hingga netizen cadang dirakam rasmi. Tuan badan tampil beri respon dan dedah cerita di sebalik tabir.

Netizen Cadang Suara Rakam Lagu Negaraku Rasmi, Siti Nurhaliza Akhirnya Beri Respon
Gambar: OH! Media

Kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini benar-benar mencuri tumpuan peminat sukan pemotoran dan warganet. Alunan suara lunak beliau ketika menyampaikan lagu kebangsaan, Negaraku bersempena saingan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) bukan sahaja menaikkan bulu roma penonton di litar, malah menjadi perbualan hangat di media sosial.

Persembahan yang penuh bertenaga dan bersahaja itu menerima pujian melambung. Ramai yang terpegun dengan kawalan vokalnya yang sentiasa kemas walaupun menyanyi di ruang terbuka yang gamat.

Iklan

Netizen Cadang Suara TokTi Dijadikan Audio Rasmi Negaraku

Terpukau dengan persembahan mantap itu, timbul cadangan daripada kalangan netizen yang mahukan lagu Negaraku dirakam semula menggunakan vokal Siti Nurhaliza untuk dijadikan audio rasmi negara.

Menjawab pandangan peminat, penyanyi tersohor ini menyambut baik idea tersebut dengan hati terbuka. Bagaimanapun, Siti menjelaskan bahawa perkara sebesar itu bukanlah sesuatu yang terletak dalam kuasanya sendiri untuk diputuskan.

Menurutnya, setiap pendengar mempunyai cita rasa tersendiri di mana ada yang lebih menggemari alunan vokal lelaki, manakala sebahagian lagi selesa mendengar nyanyian wanita. Namun, andai usaha itu membawa kebaikan, beliau sedia memberi kerjasama.

Iklan

Terima Tawaran Menyanyi Sehari Sebelum Acara

Di sebalik nyanyian yang memukau ribuan pasang mata di litar lumba, rupanya ada kisah menarik yang berlaku di balik tabir. Siapa sangka, tawaran menyanyikan lagu kebangsaan itu rupa-rupanya diterima pada saat-saat akhir iaitu cuma sehari sebelum perlumbaan bermula.

siti nurhaliza

Siti berkongsi bahawa niat asalnya ke litar hanyalah untuk hadir menonton perlumbaan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa. Apabila pihak penganjur menyedari kehadirannya di situ, mereka terus menghubungi suaminya bagi bertanyakan kesudian Siti membuat persembahan.

Menganggap jemputan itu sebagai satu penghormatan dan khidmat buat negara, beliau terus bersetuju tanpa berfikir panjang.

Iklan

Berlatih Sendiri dan Ubah Nada Guna 'Voice Note'

Disebabkan masa yang begitu suntuk, Siti mendedahkan beliau langsung tidak sempat menjalani latihan raptai penuh secara bersemuka bersama pasukan orkestra Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Segala perbincangan susunan muzik hanya dilakukan menerusi panggilan telefon. Malah, rakaman awal yang diberikan oleh pihak orkestra menggunakan nada suara penyanyi lelaki, membuatkan susunan baru perlu dirombak mengikut kesesuaian vokal wanita.

Siti hanya menghantar rakaman suaranya sendiri melalui pesanan suara (voice note) bagi membolehkan pihak orkestra menyesuaikan nada yang tepat sebelum beliau berlatih secara sendirian di rumah.

Iklan

Tambah beliau lagi, penyampaian lagu kebangsaan memerlukan disiplin tinggi agar tidak dinyanyikan secara berlebihan sehingga menjejaskan protokol rasmi. Sentuhan vokal berbeza hanya diletakkan pada bahagian hujung lagu dengan menaikkan sedikit nada tinggi demi membakar semangat para penonton.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan