Siakap KeliLive · Auto-update
Gaya Hidup

MSAM 2026 x Jom Heboh Di Stadium Merdeka, Siap Ada Cabutan Bertuah Rumah!

MSAM 2026 bergabung dengan Karnival Jom Heboh di Stadium Merdeka pada 27 hingga 29 November. Masuk percuma dengan pelbagai aktiviti dan hadiah lumayan menanti anda.

MSAM 2026 x Jom Heboh Di Stadium Merdeka, Siap Ada Cabutan Bertuah Rumah!
Gambar: rotikaya

Kalau anda masih garu kepala fikir mana nak bawa famili atau lepak dengan kawan-kawan hujung minggu ini, ini ada satu acara menarik. Buat julung kalinya, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) bergabung dengan Karnival Jom Heboh bertempat di Stadium Merdeka, Presint Merdeka 118.

Acara besar ini berlangsung dari 27 hingga 29 November 2026, bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Seluruh kawasan Presint Merdeka 118 termasuk 118 Mall dan Muzium Tekstil Merdeka bakal dihidupkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang disasarkan menarik kira-kira 250,000 pengunjung. Paling penting, masuk adalah percuma!

Iklan

Belajar Urus Duit Sambil Berhibur

Biasanya bila sebut pasal hal pelaburan atau kewangan, ramai rasa macam dengar kuliah yang berat dan bosan. Namun, gabungan kali ini membawa konsep berbeza apabila anda boleh memahami dunia simpanan dan pelaburan dalam suasana karnival yang sangat santai, interaktif serta mesra keluarga.

Acara ini turut menjadi pentas kepada pelancaran inisiatif 'Kita Generasi Labur' oleh Perdana Menteri. Mesejnya cukup mudah iaitu dunia pelaburan sebenarnya terbuka untuk semua orang tanpa mengira latar belakang atau usia, asalkan kita mula merancang mengikut kemampuan sendiri.

Lebih 150 Booth, Konsert Malam Dan Hadiah Rumah

Bagi yang datang bawa keluarga, memang tak akan rasa bosan sebab ada bermacam-macam tarikan disediakan:

Iklan
  • Lebih 150 booth jualan dan pameran menarik untuk diterokai.
  • Konsert Jom Heboh pada malam Sabtu dan Ahad serta sesi bertemu pelakon TV3 dan personaliti TV9.
  • Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge dan Kids Colouring Contest.
  • Pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma serta sesi Zumba.
  • Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik Bersama KWSP sejauh 5KM pada Ahad, 29 November.

Hadiah cabutan bertuahnya pula bukan calang-calang. Pengunjung yang bertuah berpeluang memenangi sebuah rumah teres dua tingkat di Suasana Ainsdale, sebuah kereta elektrik BYD Seal Performance dan baucar pelancongan bernilai RM50,000.

Peluang Menang Safari Ke Afrika Melalui Geng Labur ASB

Selain aktiviti di tapak karnival, ada juga kempen Geng Labur ASB oleh ASNB yang kini diteruskan menerusi Fasa 2 sehingga 31 Januari 2027. Konsepnya unik kerana anda boleh melabur secara berkumpulan antara dua hingga empat orang dengan sasaran pelaburan minimum terkumpul RM20,000.

Ganjaran yang ditawarkan sangat menggiurkan, termasuklah pakej percutian safari enam hari lima malam ke KwaZulu-Natal, Afrika Selatan untuk empat orang, serta pakej penginapan di Club Med Borneo. Sebelum karnival bermula pun, kumpulan pemenang Fasa 1 sudah sempat diraikan di The View at 118 siap dengan aktiviti bermain pickleball di Tingkat 118.

Iklan

Bagi anda yang tinggal di luar Lembah Klang, kemeriahan MSAM ini turut disambut di cawangan ASNB seluruh negara sepanjang November hingga 15 Disember. Kalau anda ada kelapangan waktu, jangan lepaskan peluang untuk serbu Stadium Merdeka hujung minggu ini bersama orang tersayang.

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan