Siakap KeliLive · Auto-update
Artis

"Lelaki Dah Sempurna Seadanya" - Sarimah Ibrahim Mohon Henti Trend Menyerupai Wanita

Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kurang senang dengan trend segelintir lelaki yang semakin gemar bersolek dan bergaya feminin seperti wanita.

"Lelaki Dah Sempurna Seadanya" - Sarimah Ibrahim Mohon Henti Trend Menyerupai Wanita
Gambar: rotikaya

Kalau kita perhatikan media sosial hari ini, memang macam-macam trend fesyen pelik yang muncul. Ada yang sekadar suka-suka buat konten, tapi ada juga yang mula menjadikannya gaya hidup harian termasuklah fesyen lelaki yang kelihatan semakin feminin.

Trend inilah yang menarik perhatian pelakon dan pengacara jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim. Beliau secara terbuka berkongsi rasa hatinya mengenai isu lelaki yang dilihat gemar mengenakan solekan tebal serta aksesori persis seorang wanita.

Iklan

Lelaki Dah Cukup Sempurna, Jangan Normalisasikan

Menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, Sarimah meminta orang ramai agar berhenti daripada terus menormalisasikan gaya hidup sedemikian dalam masyarakat kita hari ini.

Bagi ibu kepada seorang cahaya mata ini, kaum adam sebenarnya tidak perlu berusaha terlalu keras untuk mengubah penampilan mereka. Malah, kejadian asal seorang lelaki itu sudah pun cukup indah dan sempurna.

Sarimah menyuarakan persoalan mengapa trend solekan atau aksesori yang membuatkan lelaki nampak lebih feminin ini terus diangkat. Baginya, lelaki akan kelihatan jauh lebih menarik apabila mereka kekal menjadi diri sendiri dengan imej seadanya.

Iklan
"Lelaki Dah Sempurna Seadanya" - Sarimah Ibrahim Mohon Henti Trend Menyerupai Wanita

Pilih Gaya Semula Jadi Berbanding Berlebihan

Bukan berniat mahu menghakimi sesiapa secara melulu, Sarimah menjelaskan bahawa apa yang diluahkan itu hanyalah pandangan serta prinsip peribadinya sahaja. Beliau percaya penampilan yang ringkas dan semula jadi sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk sesiapa pun.

Menurutnya lagi, konsep kesederhanaan jauh lebih molek berbanding menambah elemen hiasan yang keterlaluan sehingga mengaburkan identiti asal seseorang.

Isu Fesyen Yang Kian Mencabar Norma

Sejak akhir-akhir ini, sempadan fesyen antara lelaki dan wanita memang dilihat semakin kabur terutamanya di platform video pendek dan kalangan pempengaruh. Ramai yang menganggap pemakaian mekap dan pakaian feminin oleh lelaki sebagai satu bentuk seni dan kebebasan berekspresi.

Iklan

Namun begitu, dalam konteks masyarakat timur dan pegangan norma tempatan, perubahan drastik ini pastinya mengundang rasa kurang selesa pelbagai pihak. Teguran santai tapi bermakna daripada selebriti berpengalaman seperti Sarimah ini membuktikan masih ramai yang menghargai sifat maskulin dan fitrah asal seorang lelaki.

Kadang-kadang, untuk kelihatan bergaya dan kemas, seseorang lelaki itu tak perlukan solekan tebal pun. Cukup sekadar menjaga kebersihan diri, berpakaian rapi dan yakin dengan fitrah ciptaan Tuhan.

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan