Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Kawal Ancaman Siber Baharu, Malaysia Sedia Rangka Pelan Kriptografi Pascakuantum

Kerajaan kini giat merangka pelan keselamatan siber alaf baharu bagi melindungi sistem maklumat kritikal negara daripada sebarang ancaman teknologi masa depan.

Kawal Ancaman Siber Baharu, Malaysia Sedia Rangka Pelan Kriptografi Pascakuantum
Gambar: rotikaya

Dunia teknologi sekarang bergerak laju sangat, sampai tahap sistem keselamatan siber sedia ada pun mungkin tak cukup kebal lagi untuk masa akan datang. Sedar dengan risiko itu, kerajaan Malaysia kini mula mengatur langkah lebih awal dengan merangka satu pelan nasional berasaskan teknologi kriptografi pascakuantum.

Langkah Pantas Lindungi Data Penting Negara

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa pelan ini dirangka khas untuk memastikan infrastruktur maklumat kritikal negara kekal selamat. Bila teknologi kuantum semakin berkembang, sistem keselamatan data biasa berisiko untuk ditembusi jika tiada pertahanan yang lebih kukuh.

Iklan

Bagi menjayakan usaha ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diminta untuk bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan syarikat telekomunikasi tempatan. Gabungan ini bakal mewujudkan satu platform penyelidikan dan pembangunan khas bagi menguji pelbagai penyelesaian teknologi sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Capaian Internet Dah 99.75 Peratus

Perkara itu dikongsikan oleh Fahmi sewaktu menyampaikan kenyataan dasar negara di Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) 2026 yang berlangsung di Doha, Qatar baru-baru ini.

Selain soal keselamatan siber, beliau turut berkongsi perkembangan terkini sektor digital tanah air. Setakat September lalu, liputan internet di kawasan berpenduduk di Malaysia sudah mencecah 99.75 peratus hasil pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Malah, langganan rangkaian 5G di seluruh negara kini sudah mencecah 31.3 juta.

Iklan

Fokus Lebarkan Liputan ke Zon Ekonomi

Fasiliti internet sekarang bukan lagi sekadar untuk kawasan perumahan atau bandar semata-mata. Fokus kerajaan seterusnya adalah meluaskan liputan berkualiti ke kawasan nadi ekonomi negara.

Suasana persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) 2026 di Doha, Qatar.

Antara lokasi tumpuan yang sedang diberi perhatian termasuklah:

  • Kawasan pelabuhan utama
  • Jajaran rangkaian kereta api
  • Laluan lebuh raya seluruh negara

Langkah ini penting bagi menyokong aktiviti perniagaan, memperkukuh rantaian logistik dan merancakkan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.

Iklan

Bukan Sekadar Laju, Kena Mampu Milik

Fahmi turut menegaskan bahawa kemudahan internet yang baik perlu melangkaui angka kelajuan atau liputan semata-mata. Ia mestilah mampu milik, stabil dan boleh diharap oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk komuniti luar bandar.

Setakat ini, sebanyak 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sudah beroperasi untuk melatih komuniti dengan kemahiran digital dan keusahawanan. Pada masa yang sama, Kempen Keselamatan Internet juga berjaya menarik penyertaan lebih tiga juta rakyat Malaysia.

Dalam persidangan berkenaan, Malaysia turut memohon sokongan negara anggota bagi pemilihan semula negara ke Majlis ITU untuk penggal 2027 hingga 2030, meneruskan komitmen digital negara yang telah terjalin sejak tahun 1958.

Sumber: rotikaya

Iklan

Baca juga

Iklan