Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Jual Barang Sama Tapi Kenapa Kedai Sebelah Laku Keras? Rupanya Ini Rahsianya

Ramai peniaga hairan kenapa jualan sukar bertahan walaupun produk berkualiti. Sebenarnya, cara layan pelanggan yang membezakan anda dengan pesaing.

Jual Barang Sama Tapi Kenapa Kedai Sebelah Laku Keras? Rupanya Ini Rahsianya
Gambar: Harian Metro

Zaman sekarang, nak mula berniaga memang jauh lebih mudah berbanding dulu. Pegang telefon pintar saja, kita dah boleh buka kedai bergerak, buat promosi di media sosial, dan hantar barang merentas negeri melalui platform e-dagang.

Sebab itulah kerajaan sendiri memperkenalkan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) sejak 2019 lagi. Tujuannya jelas, untuk bina ekosistem yang kukuh buat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta buka lebih banyak peluang kerja untuk masyarakat.

Iklan

Tapi perasan tak, memulakan bisnes hanyalah langkah paling mudah. Cabaran sebenar yang bikin ramai peniaga pening kepala adalah bagaimana nak kekal bertahan dan terus dapat kepercayaan orang ramai.

Bila Semua Benda Nampak Serupa

Kalau kita tengok di media sosial hari ini, ramai peniaga muda menjual produk yang hampir sama. Pembekal daripada sumber yang serupa, gambar produk lebih kurang, malah ayat iklan dan strategi promosi pun saling meniru.

Bila produk dan harga dah tiada beza, apa sebenarnya yang buat pelanggan tertarik untuk membeli di kedai anda dan bukannya kedai sebelah? Jawapannya terletak pada perkara yang kerap dipandang enteng, iaitu layanan dan perkhidmatan pelanggan.

Iklan

Beza Layanan Menentukan Pelanggan Setia

Hakikatnya, orang ramai membeli bukan sekadar tengok barang semata-mata. Mereka sangat menitikberatkan pengalaman sepanjang proses jual beli itu berlaku.

Cuba bayangkan dua situasi ini:

  • Perniagaan A: Jual barang murah, tapi bila mesej lambat balas. Nak tahu status barang pun susah, bila ada masalah terus senyap.
  • Perniagaan B: Jual barang serupa, tapi laju jawab soalan, perjelaskan maklumat dengan telus, dan selesaikan aduan secara profesional.

Sudah tentu pembeli akan terus setia dengan perniagaan kedua. Rasa dihargai dan keyakinan terhadap peniaga itu yang membuatkan orang sanggup membeli berkali-kali, bukan sekadar sekali beli terus lari.

Iklan

Kecil Tapi Berbisa: Kuasa Ulasan Pembeli

Dalam dunia urus niaga masa kini, pembeli cukup bijak. Mereka mudah membandingkan harga dan menyemak ulasan daripada pelanggan terdahulu sebelum menekan butang bayar.

Satu pengalaman buruk yang dikongsi pembeli boleh merosakkan nama baik perniagaan yang dibina berbulan-bulan. Sebaliknya, layanan yang cemerlang bukan saja menarik pembelian berulang, malah pelanggan sendiri yang rela hati mencadangkan kedai anda kepada kawan-kawan mereka.

Inovasi Melalui 'Blue Ocean Strategy'

Bila sebut fasal inovasi, ramai fikir kena cipta produk canggih yang belum pernah wujud di dunia. Sebenarnya tidak semestinya begitu.

Iklan

Pendekatan ini berkait rapat dengan Blue Ocean Strategy, iaitu mencipta ruang pasaran baharu menerusi penawaran nilai berbeza. Anda boleh membawa inovasi nilai melalui kemudahan proses pembelian, komunikasi yang jujur, serta khidmat lepas jualan yang pantas.

Bila berlaku kesilapan atau barang lambat sampai, peniaga tidak patut cepat melenting atau mencari alasan. Akui kesilapan secara matang, ambil tanggungjawab segera, dan jadikan aduan itu peluang untuk perbaiki servis.

Kejayaan sebenar bukan sekadar dihitung pada berapa banyak barang terjual hari ini, tetapi sejauh mana perniagaan mampu mengekalkan kepercayaan pelanggan untuk jangka masa panjang.

Sumber: Harian Metro

Iklan

Baca juga

Iklan