Hasut Jiran & Fitnah Anak, Elvina Mohamad Hilang Sabar Dedah Sikap Pembantu Rumah
Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa berang selepas pembantu rumahnya didakwa memfitnah anak lelakinya kepada jiran tetangga dan sering mereka cerita khayalan.

Bila kita ambil pembantu rumah, mestilah kita harapkan seseorang yang amanah untuk jaga keluarga dan rumah tangga dengan baik. Namun lain pula nasib yang menimpa pelakon Datin Elvina Mohamad apabila dia berdepan detik mengecewakan dengan sikap pekerjanya sendiri yang disifatkan sudah melampaui batas.
Menerusi perkongsian di laman Threads, Elvina tidak dapat menahan rasa geram apabila mendapat tahu wanita yang diberi kepercayaan itu tergamak menyebarkan fitnah tentang anak lelakinya kepada orang sekeliling.
Hasut Jiran Tetangga Supaya Jauhkan Anak
Kemarahan Elvina benar-benar sampai ke kemuncak selepas dimaklumkan oleh seorang jiran mengenai perbuatan pekerjanya itu. Tanpa rasa bersalah, pembantu terbabit menghasut ibu kepada kawan anaknya supaya melarang anak mereka berkawan rapat kononnya anak Elvina seorang budak yang jahat.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan didakwa sering menjadi 'batu api' di rumah dengan menyuruh Elvina memarahi anaknya sendiri atas perkara yang langsung tidak dibuat. Helah itu bagaimanapun terbongkar sebaik sahaja pelakon drama berkenaan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Walaupun pekerjanya memberi alasan kononnya kejadian itu tidak dirakam kamera, bukti visual di rumah jelas menunjukkan segalanya dan membuktikan si anak tidak bersalah langsung.
Suka Hidup Dalam Khayalan Dan Banyak Pantang Larang
Bercerita lanjut, Elvina mendedahkan pembantu rumahnya itu sudah mula menunjukkan perangai pelik sejak awal masuk bekerja lagi. Dia sering bercerita buruk mengenai majikan lamanya dengan rekaan cerita yang langsung tidak masuk akal.
Antara cerita khayalan yang disampaikan termasuklah mendakwa majikan perempuan lamanya berasa cemburu kerana majikan lelaki menyukainya sehingga sanggup memberi bonus sebulan gaji. Atas sebab itu, dia enggan bersiap cantik-cantik kononnya tidak mahu menimbulkan rasa cemburu majikan baharu.
Selain cerita pelik, dia juga didakwa mempunyai terlalu banyak kerenah dan pantang larang yang menyukarkan urusan harian:
- Makan dan pakai banyak yang tidak boleh kerana mendakwa mempunyai kulit yang sensitif.
- Enggan memakai kasut kerana memberi alasan menghidap masalah ekzema.
- Tidak selesa memakai seluar dan hanya mahu mengenakan skirt labuh sepanjang masa.
Pusing Cerita Bila Tembelang Pecah
Lebih menyakitkan hati, wanita itu turut didakwa bercakap buruk mengenai Elvina sekeluarga kepada pembantu rumah lain serta pihak ejen. Bayangkan orang yang dijaga makan minumnya sanggup menikam dari belakang majikan sendiri.
Apabila kesalahan itu disedari dan dipersoalkan secara berdepan, pembantu berkenaan dikatakan terus mencipta drama air mata dan mula memutar belit kenyataan ke sana sini bagi melepaskan diri daripada kesalahan.
Elvina menegaskan bahawa perkongsian ini dibuat bukan untuk membuka aib sesuka hati, sebaliknya sebagai amaran dan iktibar kepada keluarga di luar sana agar sentiasa berwaspada ketika memilih orang luar untuk menjaga zuriat serta kediaman mereka.
Sumber: gempak
Baca juga

Nad Zainal Imbau Momen ICU, Tak Sangka Ungku Ismail Menangis Sebelum Kahwin
Nad Zainal mendedahkan dia pada mulanya tidak percaya apabila jururawat memberitahu Ungku Ismail menangis melihat keadaannya yang kritikal di ICU pada tahun 2022.

Aliff Satar Kongsi Detik Sebak Temu Tun M, Tersentuh Lihat Reaksi Renung Gambar Lama
Aliff Satar berkongsi momen bermakna bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama keluarga. Pertemuan singkat itu bertukar sebak saat Tun M menatap foto lama.

Intan Najuwa Pilih ‘Cut Off’ Kawan Toksik, Utamakan Ketenangan Keluarga
Datin Intan Najuwa enggan pening kepala dan pilih putus kawan dengan individu toksik demi menjaga ketenangan serta melindungi keluarganya.