Bukan Sekadar Minum Kopi, Ini Suasana Meriah Coffee in the Clouds 2026 di Genting
Acara Coffee in the Clouds 2026 di Resorts World Awana melabuhkan tirai dengan meriah, menghimpunkan komuniti kopi, sajian percuma dan pelbagai aktiviti santai.

Bila sebut fasal kopi dan aktiviti healing, memang ramai yang pantas angkat tangan. Apatah lagi jika dapat hirup secawan kopi panas dalam kedinginan udara tanah tinggi, perasaannya memang lain macam. Itulah atmosfera luar biasa yang dirasai pengunjung acara Coffee in the Clouds 2026 yang berlangsung di Resorts World Awana, Genting Highlands baru-baru ini.
Acara yang melabuhkan tirai pada 14 November lalu ini membuktikan ia bukan sekadar festival kopi biasa. Dari hidangan lazat, pameran gaya hidup, sehinggalah ke pertandingan profesional bertaraf antarabangsa, semuanya dihimpunkan di satu lokasi khas buat pengunjung dan seisi keluarga.
Sajian Percuma dan Aktiviti Ceria Bersama Gardenia
Festival meriah tidak lengkap tanpa makanan yang sedap. Menjadi rakan kongsi rasmi roti dan makanan, reruai Gardenia di The Great Lawn antara lokasi paling meriah diserbu pengunjung.
Mana tidaknya, orang ramai berpeluang menikmati sarapan sandwic segar Gardenia Gourmet Selections secara percuma, dengan pilihan menyelerakan seperti Peanut Butter Banana Toast dan Tuna Cheese Toast. Selain itu, pengunjung yang menyertai aktiviti mengumpul cop turut membawa pulang pek cenderahati berisi roti dan produk sedia dimakan.
Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil pun tidak ketinggalan berseronok. Misi mencari dua pelekat tersembunyi membolehkan si cilik menebus roti kegemaran ramai iaitu Gardenia Squiggles Matcha atau Twiggies Blueberry Cheese.
Cuci Mata Kereta Mewah dan Tip Fotografi Menarik
Bagi peminat dunia automotif, kehadiran Mercedes-Benz di The Plaza nyata mencuri tumpuan ramai. Bukan sahaja dapat melihat reka bentuk model terbaharu secara dekat, pengunjung juga diberi peluang merasai sendiri pengalaman sesi pandu uji kereta mewah tersebut di laluan berbukit yang sejuk dan menyegarkan.
Sementara itu, peminat fotografi telefon pintar pula berkumpul di reruai OPPO. Jurugambar profesional terkenal, Abedeen, turun padang mengendalikan Kelas Induk Fotografi True Portrait bagi berkongsi teknik rakaman gambar potret yang menawan.
Pengunjung juga sempat menukar pelindung skrin telefon secara percuma, selain mencuba nasib dalam cabaran Snap & Win untuk merebut pakej percutian 3 hari 2 malam.
Pentas Barista Dunia dan Kualiti Secawan Kopi
Menambah prestij acara, pentas World Young Barista Championship (WYBC) anjuran bersama Asia Specialty Coffee Association (ASCA) berjaya mempertemukan bakat-bakat muda dalam arena pembancuhan kopi dunia. Suasana di kawasan pertandingan cukup mendebarkan apabila setiap peserta menampilkan skil terbaik masing-masing.
Setiap bancuhan kopi yang dinikmati pengunjung turut dijaga kualitinya dari awal. Ini termasuk sokongan bekalan santan dan air kelapa daripada COSIP untuk reruai minuman, serta sistem tapisan air bersih oleh Panaxy Filtration.
Gabungan komuniti, gaya hidup dan aroma kopi di puncak bukit ini nyata memberikan nafas segar buat acara santai hujung minggu. Kepada anda yang terlepas menyertainya kali ini, pastikan simpan siap-siap dalam senarai rancangan untuk edisi akan datang.
Sumber: OH! Media
Baca juga

Tegur Sikit Terus Berhenti Kerja, Bahaya Didik Anak Macam 'Raja' Sampai Hilang Mandiri
Ramai majikan pening kepala hadapi pekerja muda yang cepat sentap dan mudah putus asa. Tabiat terlalu memanjakan anak di rumah rupanya bawa padah di alam kerjaya.

Cepat Menyirap Bila Ada Masalah? Ini 4 Pesanan Nabi Untuk Kawal Rasa Marah
Rasa marah itu fitrah, tetapi ia boleh memusnahkan jika tidak dikawal. Ikuti empat panduan sunnah daripada pesanan Nabi SAW untuk sejukkan hati yang panas.

Beg Sekolah Anak Makin Ringan Bukan Tanda Malas, Mak Ayah Tolong Henti Obsesi Buku Tebal
Mak ayah jangan cepat melatah bila tengok beg sekolah anak makin nipis. Zaman menyalin nota sampai kebas jari dah berlalu, kemahiran berfikir kini jauh lebih penting.