Siakap KeliLive · Auto-update
Hiburan

Bila PM Anwar 'Beri Tips' Lawak Kepada Trevor Noah, Siap Usik Fasih Bab Crowdfunding

Pertemuan santai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pelawak terkenal dunia Trevor Noah curi tumpuan ramai.

Bila PM Anwar 'Beri Tips' Lawak Kepada Trevor Noah, Siap Usik Fasih Bab Crowdfunding
Gambar: ohmymedia.cc

Bukan senang nak tengok seorang pemimpin negara duduk semeja sambil bergelak ketawa dengan figura komedi antarabangsa. Namun itulah suasana menarik yang berlaku apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bekas hos program popular The Daily Show, Trevor Noah.

Pertemuan santai antara dua personaliti berprofil tinggi ini nyata mencuri tumpuan ramai di media sosial. Maklumlah, kedua-duanya memang terkenal dengan skil komunikasi yang hebat dan bersahaja.

Iklan

Sembang Santai Politik Disulam Lawak Jenaka

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman sosial rasminya, Anwar meluahkan rasa seronok menyambut kehadiran Trevor ke Malaysia. Pertemuan tersebut bukan sahaja membincangkan isu berkaitan politik, malah diselitkan dengan pelbagai topik lain termasuk unsur kecindan yang menghiburkan kedua-dua pihak.

Sesi berbual itu dilaporkan berlangsung penuh ceria dan diselang-seli dengan tawa riang. Jelas terpancar keakraban walaupun ia mungkin pertemuan formal pertama mereka di ibu negara.

Titip Panduan Bahan Pentas, Siap Usik Mahu 'Crowdfunding'

Apa yang paling mencuit hati netizen adalah pesanan bersahaja Anwar kepada pelawak kelahiran Afrika Selatan itu. Beliau sempat berkongsi sedikit 'panduan' mengenai bahan gurauan yang sesuai untuk dipersembahkan di hadapan penonton tempatan pada malam konsert komedinya.

Iklan

Sambil berseloroh, Anwar berharap tiada mana-mana pihak yang mudah terasa hati dengan jenaka yang bakal dilontarkan nanti. Lebih melucukan, beliau turut mengusik Trevor agar tidak bimbang kerana sedia mengumpul dana ramai-ramai atau crowdfunding sekiranya berlaku sebarang masalah susulan persembahan pentas tersebut.

Usikan mesra ini membuktikan sisi humor Anwar yang sentiasa terbuka menerima kehadiran penggiat seni luar ke tanah air.

Kemunculan Sulung Trevor Noah Di Malaysia

Kedatangan Trevor ke Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada siri jelajah komedi pentasnya di rantau Asia bagi tahun 2026. Pertunjukan sulung yang berlangsung di Idea LIVE Arena itu nyata mengubat kerinduan peminat tempatan yang sekian lama menantikan jenaka tajam dan satira bernas daripadanya secara langsung.

Iklan

Secara tidak langsung, kehadiran bintang komedi ternama seperti ini membuktikan Kuala Lumpur terus menjadi tumpuan acara bertaraf antarabangsa, di samping mempamerkan keterbukaan Malaysia dalam meraikan seni hiburan global.

Sumber: ohmymedia.cc

Iklan

Baca juga

Iklan