Siakap KeliLive · Auto-update
Gaya Hidup

Bil Elektrik Melambung? Ubah Tabiat Guna Peti Ais & Mesin Basuh Ini

Bil elektrik tinggi setiap bulan mungkin berpunca daripada tabiat harian kita sendiri ketika menggunakan peti sejuk dan mesin basuh di rumah.

Bil Elektrik Melambung? Ubah Tabiat Guna Peti Ais & Mesin Basuh Ini
Gambar: OH! Media

Bila buka saja bil elektrik setiap hujung bulan, ramai yang mula garu kepala tengok angka yang makin naik. Kadang-kadang kita rasa penggunaan dah cukup berjimat, tapi bil tetap melambung tinggi tanpa kita sedar punca sebenarnya.

Sebenarnya, dua perkakas rumah yang paling kerap kita guna iaitu peti sejuk dan mesin basuh memainkan peranan yang sangat besar. Mengubah sedikit tabiat harian ketika menggunakan dua peralatan ini mampu beri impak ketara pada poket anda.

Iklan

Bagi Peti Ais 'Bernafas' dan Jauhkan Punca Haba

Peti sejuk beroperasi selama 24 jam sehari, jadi sebarang beban kerja tambahan pada motor pemampat akan terus menaikkan bacaan elektrik. Ada beberapa perkara mudah yang sering kita terlepas pandang di dapur:

  • Jauhkan dari haba: Elakkan letak peti ais bersebelahan ketuhar atau kawasan yang kena pancaran matahari terus. Suhu sekeliling yang panas memaksa pemampat bekerja lebih keras untuk kekal sejuk.
  • Beri jarak dari dinding: Rapatkan peti ais sampai melekat ke dinding memang nampak kemas, tapi ia menyekat pengudaraan. Tinggalkan ruang sekurang-kurangnya 50 milimeter di bahagian belakang untuk haba bebas keluar.
  • Jangan sumbat terlalu padat: Susun barangan dapur dengan kemas dan tinggalkan sedikit ruang antara barang. Aliran udara sejuk perlukan laluan untuk berpusing dengan rata tanpa membebankan peti sejuk.

Teknologi peti sejuk juga banyak membantu. Sebagai contoh, model dengan Smart Inverter Compressor seperti keluaran LG mampu melaraskan penyejukan mengikut keperluan semasa dan menjimatkan tenaga sehingga 36 peratus berbanding model konvensional.

Urus Kitaran Mesin Basuh Dengan Betul

Beralih pula ke ruang mencuci baju, ramai yang suka guna tetapan atau kitaran basuhan yang sama untuk semua jenis pakaian. Langkah ini bukan saja membazir elektrik, malah air dan masa anda.

Iklan

Gunakan kitaran pantas atau normal untuk pakaian harian yang tidak terlalu kotor. Kitaran berat pula simpan khas untuk cadar atau fabrik tebal. Mesin basuh moden dengan ciri AI DD contohnya, boleh mengesan berat dan jenis fabrik secara automatik untuk padanan basuhan yang paling jimat tenaga.

Selain itu, elakkan tabiat membasuh baju dalam kuantiti terlalu sedikit seperti setakat dua atau tiga helai semata-mata nak pakai esok. Sebaiknya kumpul dahulu sehingga muatan mencukupi. Namun begitu, jangan pula sumbat sebakul penuh sampai padat kerana baju tidak dapat bergerak bebas dan akhirnya perlu dibasuh kali kedua.

Alternatif Perkakas Rumah Lebih Cekap

Sekiranya perkakas di rumah sudah terlalu lama dan kerap meragam, menggunakan barangan lama yang tidak cekap tenaga sememangnya antara punca utama bil bulanan naik mendadak. Motor jenis Inverter Direct Drive pada mesin basuh masa kini direka khas untuk melaraskan penggunaan kuasa mengikut beban sebenar pakaian.

Iklan

Bagi yang berhasrat menaik taraf barangan elektrik tanpa perlu mengeluarkan modal besar sekaligus, pelan langganan seperti LG Subscribe menawarkan perkakas rumah terpilih serendah RM38 sebulan tanpa bayaran pendahuluan. Pelan untuk tempoh 5 hingga 7 tahun ini turut dilengkapi perlindungan waranti serta servis penyelenggaraan, dan barangan tersebut akan menjadi hak milik kekal anda selepas tamat kontrak.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan