Siakap KeliLive · Auto-update
Semasa

Bayar Zakat Dapat Pakej Umrah? ikhlas.com Tawar Program Khas Buat Syarikat & Staf

ikhlas.com perkenal program ZAP untuk bantu syarikat lunas zakat sambil jaga kebajikan staf dan nikmati pelbagai ganjaran termasuk pakej umrah.

Bayar Zakat Dapat Pakej Umrah? ikhlas.com Tawar Program Khas Buat Syarikat & Staf
Gambar: OH! Media

Bila tiba waktu bayar zakat perniagaan, kebanyakan majikan atau pemilik syarikat selalunya anggap ia sekadar komitmen tahunan. Lepas buat bayaran, urusan pun selesai begitu saja.

Namun, ikhlas.com yang juga anak syarikat kepada Capital A tampil membawa kelainan yang cukup menarik untuk komuniti perniagaan. Menerusi acara Scale & Impact Summit 2026 yang berlangsung di RedQ, KLIA2, mereka melancarkan satu inisiatif baharu iaitu Zakat Advantage Programme (ZAP).

Iklan

Bukan Sekadar Tunai Kewajipan, Kebajikan Staf Diutamakan

Program ZAP ini dirangka khas untuk sektor korporat serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Matlamat utamanya adalah memastikan ibadah zakat bukan saja sampai kepada golongan asnaf luar, tetapi turut memberi impak positif kepada ekosistem syarikat itu sendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, inisiatif ini diwujudkan bagi membina kelompok pembayar zakat korporat yang kukuh di samping menjaga kebajikan para pekerja secara maksimum.

Apa Kelebihan Yang Majikan Boleh Nikmati?

Menerusi program ZAP ini, ada beberapa keistimewaan utama yang disediakan untuk syarikat yang mendaftar:

Iklan
  • Staff Waqalah Programme: Majikan diberi ruang menyalurkan sebahagian dana zakat secara sah terus kepada staf berpendapatan rendah yang layak. Langkah ini secara tidak langsung membantu meringankan beban kewangan warga kerja sendiri.
  • Company Rewards: Organisasi yang menyertai program ini berpeluang menikmati pulangan nilai tahunan menarik seperti pakej umrah, tawaran pelancongan dan ganjaran gaya hidup.
  • Barakah Series Reporting: Pihak syarikat akan dibekalkan dengan laporan penyaluran zakat yang telus. Ini memudahkan mereka memasukkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini ke dalam laporan tahunan atau perkongsian di media sosial.
  • Akses Jaringan Korporat Eksklusif: Pemilik perniagaan berpeluang meluaskan jaringan bersama tokoh ilmuwan dan pemain industri terkemuka menerusi jemputan ke VIP Tea Talk serta tiket ke Private Summit 2027.

Kutipan Zakat Cecah RM44.36 Juta

Pendekatan baharu ini nampaknya mula menarik perhatian ramai usahawan. ikhlas.com berjaya mencatatkan kutipan zakat perniagaan mencecah RM44.36 juta bagi tahun 2026.

Jumlah penyertaan syarikat juga menunjukkan peningkatan ketara apabila 63 buah syarikat tampil menunaikan zakat mereka bersama ikhlas.com, berbanding hanya 42 syarikat pada tahun sebelumnya.

Bagi majikan dan pemilik bisnes yang mahu menunaikan zakat perniagaan dengan pulangan nilai tambahan untuk kebajikan organisasi, maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web atau aplikasi rasmi ikhlas.com.

Sumber: OH! Media

Iklan

Baca juga

Iklan